Harian Metro

Conte mahu Chelsea di kelompok 4 terbaik

-

London: Antonio Conte

mahu Chelsea mengambil langkah sewajarnya bagi menempatka­n diri dalam kelompok empat terbaik

Liga Perdana

Inggeris

(gambar)

(EPL) dengan menewaskan Stoke City pada perlawanan malam ini.

Pengendali The Blues itu sedar peluang mengekalka­n gelaran adalah tipis dengan rekod kejayaan yang dilakukan Manchester City menyaksika­n mereka kini ketinggala­n 16

mata di belakang pendahulu itu.

Tetapi pasukan itu mencatatka­n kemenangan dalam enam perlawanan terakhir EPL di Stamford Bridge dan hanya ketinggala­n satu mata di belakang Manchester United yang berada di tangga kedua.

Chelsea juga mempunyai kelebihan empat mata di depan Liverpool, dan pengurus The Blues itu berharap untuk terus mendahului menjelang tahun 2018.

“Dalam liga ini di mana motivasi tinggi diperlukan bagi semua untuk kekal di situ dan bertarung hingga ke penghujung­nya,” kata Conte.

“Saya tak tahu jika kami mampu lakukannya bagi merebut gelaran kerana ia semua bergantung kepada Manchester City yang melakukan sesuatu luar biasa.

“Untuk memenangi setiap perlawanan dan seri sekali bermakna anda melalui saingan yang hebat.

“Tetapi masih ada motivasi bagi kami mendapat tempat dalam Liga Juara-Juara pada tahun depan, di mana ada empat tempat bagi enam pasukan terbaik.

“Permulaan kami musim ini tidak mudah atas pelbagai sebab, tetapi kami terus berusaha dan membaikiny­a. Masih ada banyak kejohanan dan kami sangat berbangga dapat bermain setiap perlawanan.”

Stoke tidak pernah memenangi sebarang 11 perlawanan di Stamford Bridge sejak menyertai EPL pada 2008.

Pengurus Stoke, Joe Allen pula yakin 2018 akan mempamerka­n peningkata­n pasukannya selepas mereka bergelut pada tahun ini.

“Kami mahu mengakhiri tahun ini dengan keputusan yang baik dan membawanya ke tahun hadapan,” katanya. - AFP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia