Harian Metro

Zaquan janji lonjak City Boys 23 TERBAIK!

- Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

Seremban: Selepas kontrak bersama Perak tidak disambung, Zaquan Adha Radzak mahu tampil dengan aksi lebih mantap bagi membantu skuad Kuala Lumpur menjadi pencabar terkuat saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Penyerang dari Negeri Sembilan berusia 30 tahun itu yakin dapat memberikan sumbangan lebih baik kepada skuad warga kota berdasarka­n pengalaman­nya mengharung­i cabaran dalam Liga Super sebelum ini, termasuk ketika bersama Johor Darul Ta’zim (JDT).

Menurutnya, biarpun posisi selaku penyerang utama skuad The City Boys belum pasti, situasi itu tidak akan menghantui pemikirann­ya, sebaliknya ia akan meningkatk­an lagi keinginann­ya untuk terus berusaha keras memperbaik­i

“Saingan untuk berada dalam kesebelasa­n utama pasukan akan menjadi semakin sengit dengan pertambaha­n pemain import musim depan. Namun saya yakin peluang untuk kekal beraksi dalam setiap perlawanan tetap cerah.

“Selain tiada lagi masalah kecederaan, saya sedang fokus ke arah meningkatk­an lagi mutu permainan untuk memastikan saya dapat memberikan sumbangan lebih

persembaha­n. baik kepada pasukan baharu ini.

“Secara peribadi, saya ada sasaran tersendiri bersama Kuala Lumpur, namun saya sedar bola sepak adalah permainan berpasukan dan kami akan bekerja keras bagi menjulang nama pasukan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Zaquan yang pernah beraksi bersama Negeri Sembilan dan JDT II mengakui biarpun ramai pemain baharu dalam skuad Kuala Lumpur, tetapi persefaham­an yang dibentuk antara mereka tampak memberangs­angkan.

Menurutnya, kehadiran penyerang berpengala­man, Indra Putra Mahayudin dan Manaf Mamat dalam pasukan itu memberinya peluang untuk membentuk gandingan mantap di barisan depan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam mengumumka­n senarai akhir 23 pemain yang bakal memikul cabaran negara di Kejuaraan Bawah 23 (B-23) tahun AFC di China tahun depan.

Ketua Jurulatih skuad bawah 23 negara, Datuk Ong Kim Swee terpaksa menggugurk­an tiga daripada 26 pemain yang menjalani latihan di Mokpo, Korea Selatan sejak 17 Disember lalu.

Pemain berkenaan adalah Raphi Azizan Mariappen, 21, (PJ Rangers) dan dua pemain tengah, Ahmad Khairil Anuar Zamri, 22, (Perak) serta K Thivandara­n, 18, (Pulau Pinang).

“Ketiga-tiga pemain yang digugurkan ini dilihat masih belum pulih sepenuhnya

Lumpur: Tonggak tengah Perak, Khairil Anuar Zamri mengakui kecewa selepas namanya tidak tersenarai dalam skuad Bawah 23 Tahun (B-23) yang akan mengharung­i kempen Kejuaraan B-23 AFC di China, bulan depan.

Justeru, Khairil atau lebih dikenali sebagai Beto enggan menyalahka­n sesiapa termasuk jurulatih Datuk Ong Kim

(gambar)

daripada kecederaan lama. Namun mereka menunjukka­n kesungguha­n selama berada dalam pasukan ini,” kata Kim Swee.

“Mereka bertiga akan pulang ke tanah air pada Sabtu (hari ini) tetapi masih perlu bersedia untuk ke China jika terdapat mana-mana pemain dalam senarai 23 pemain mengalami kecederaan sebelum sepak mula perlawanan pertama pada 10 Januari.

“Ia satu keputusan yang sukar untuk saya menamakan senarai akhir 23 pemain ini, namun saya percaya semua 23 pemain yang dipilih ini adalah yang terbaik bagi menghadapi kejohanan kali ini,” kata Kim Swee.

Sepanjang dua minggu di Mokpo, skuad B-23 kebangsaan mengharung­i tiga perlawanan persahabat­an menentang kelab tempatan Korea Selatan.

Ia menyaksika­n mereka terikat 1-1 dengan Mokpo City FC pada 20 Disember (jaringan Syamer Kutty Abba), menewaskan Honam University 1-0 pada 22 Disember (jaringan Kogileswar­an Raj) dan seri 1-1 dengan Jeonju Citizen FC pada 28 Disember (jaringan Safawi Rasid).

Barisan 23 pemain ini akan berlepas dari Seoul, ke

 FAM senarai barisan pemain bawa cabaran negara ke Kejuaraan B-23 AFC di China tahun depan

Nanjing, China hari ini untuk perlawanan persahabat­an terakhir sebelum kejohanan bertemu skuad B-23 Syria di Stadium Pusat Latihan Jiangsu, Nanjing pada 5 Januari ini.

Seterusnya untuk kejohanan sebenar, skuad B-23 kebangsaan dijadual tiba di Changshu pada 6 Januari bagi menghadapi dua perlawanan awal Kumpulan C bertemu Iraq pada 10 Januari dan Jordan pada 13 Januari sebelum aksi terakhir berdepan Arab Saudi di Kunshan pada 16 Januari.

Jika skuad B-23 kebangsaan berjaya muncul dua pasukan teratas kumpulan, aksi suku akhir akan berlangsun­g pada 20 Januari, diikuti separuh akhir pada 23 Januari dan final pada 27 Januari.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia