Harian Metro

MAHU TUNAI JANJI

- Rodly Fadly sukanteam@nstp.com.my

Raimi Mohd Nor rela menolak tawaran beraksi bersama pasukan Liga Super musim depan dan sebaliknya memilih menyarung jersi Pulau Pinang (PP) kerana ingin menunaikan janjinya kepada jurulatih, Zainal Abidin Hassan.

Bekas pertahanan Selangor itu menganggap membuat pilihan tepat sekalipun ramai memandang sebelah mata terhadap kemampuan skuad Harimau Kumbang yang beraksi dalam Liga Perdana selepas menduduki tangga tercorot Liga Super musim ini.

Raimi, 31, berkata, selepas meleraikan ikatan bersama Selangor sebaik berakhir musim ini, dia dirisik oleh Zainal yang menyatakan minat untuk membawanya menyertai skuad bimbingann­ya itu.

“Saya tertarik dengan perancanga­n Zainal untuk memulihkan prestasi Pulau Pinang dan menyatakan kesediaan untuk membantuny­a

(gambar)

jika beliau benar-benar memerlukan tenaga saya.

“Walaupun ketika itu belum ada tawaran hitam putih daripada Zainal tapi saya berjanji akan menyertain­ya di Pulau Pinang.

“Jadi, meskipun selepas itu menerima tawaran daripada beberapa pasukan termasuk yang berstatus Liga Super, saya menolaknya kerana memegang janji kepada Zainal.

“Ada yang pandang sinis dengan keputusan saya tapi saya tidak berasa malu menyarung jersi Pulau Pinang walaupun sekadar bermain dalam Liga Perdana,” katanya.

Raimi yakin pengalaman mewakili Selangor selama enam musim bermula 2012 menjadi aset utama untuk membantu melonjakka­n semula prestasi pasukan itu.

Malah, kehadiran beberapa pemain berpengala­man seperti Norhafiz Zamani Misbah, Fitri Syazwan Raduan dan Jasazrin Jamaluddin, menambahka­n keyakinann­ya bahawa skuad Harimau Kumbang mampu kembali mengaum.

“Sasaran saya sudah pasti mahu membantu Pulau Pi-

 Raimi pilih sarung jersi Pulau Pinang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia