Harian Metro

PKNP tak patah semangat

- Azizan Hashim sukan@hmetro.com.my

nang kembali ke Liga Super. Kalau boleh dengan menjuarai Liga Perdana musim depan,” katanya. IPOH: Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC akan berusaha membentuk semula pasukan mantap dan berwibawa bagi menghadapi musim 2018 selepas kehilangan lima tonggak utama.

Lima pemain itu adalah ketua pasukan, Shahrel Fikri Fauzi yang berpindah ke Johor Darul Ta’zim (JDT), Shukri Hamid (Kelantan), pemain Korea Selatan, Kim Hyun Woo (Terengganu FC I), Gilberto Fortunato (FELDA United) dan Syazwan Zaipol Bahari yang pulang ke Perak selepas dipinjamka­n.

“Ketiadaan mereka satu tamparan dan tekanan besar untuk mengharung­i cabaran Liga Super musim depan.

“Justeru pasukan ini perlu dibentuk kembali,” kata jurulatih PKNP, Abu Bakar Fadzim.

PKNP akan menguji dua pemain import dari Eropah dalam perlawanan persahabat­an dengan FELDA United di Bangi, hari ini.

Bagaimanap­un Abu Bakar tidak mendedahka­n identiti dua pemain itu kecuali menyatakan seorang penyerang dan seorang lagi pertahanan tengah.

“PKNP dalam rangka mencari pemain import berkualiti yang dapat membantu dan menunjukka­n teladan terbaik untuk membantu pasukan mengharung­i kempen Liga Super,” katanya.

Beliau berkata, jika menepati cita rasa dan memenuhi kriteria diperlukan, dua pemain itu akan berganding­an dengan Ritus Krjauklis (Latvia), Yeon Gi Sung (Korea Selatan) dan Keo Sokpheng (Kemboja).

(gambar)

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia