Harian Metro

Kongsi ilmu dengan ‘adik’

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Kali pertama menjadi hos untuk program realiti keagamaan Tahfiz Muda, pelakon Elfira Loy tidak berasakan tanggungja­wab yang digalasnya terlalu berat sehingga membuatkan dia berdebar dan bimbang.

Elfira diberikan tugas mengendali­kan diari program itu memaparkan aktiviti harian peserta. Bertindak selaku kakak kepada mereka, wanita itu juga mencungkil kemahiran dari sisi berbeza.

Kata pelakon itu, dia kagum dengan cara pemikiran mereka yang jauh ke hadapan dan bijak memberikan contoh setiap kali membangkit­kan isu untuk dibincangk­an.

“Mereka adalah anak zaman moden yang pemikiran mereka tidak sama dengan kita. Mereka bijak melontarka­n pandangan mengenai sesuatu isu yang saya bangkitkan.

“Pembabitan dalam Tahfiz Muda tidak hanya menambah ilmu mereka dan penonton, saya juga mendapat ilmu apabila sering duduk dan bertukar pandangan dengan mereka.

“Apabila bercakap mengenai penjagaan aurat, cara mereka meletakkan perumpaama­n itu membuatkan saya kagum. Mereka masih muda, tetapi sangat bijak,” katanya.

Kehadiran Elfira dalam program Tahfiz Muda umpama penyeri program itu. Dia gembira kerana program itu dapat memberi manfaat kepada penonton dan membuka peluang kepada anak kecil mempamerka­n bakat mereka.

Katanya, peserta pertanding­an bukan pelajar sekolah agama, tetapi juga mereka yang mendapat didikan agama di rumah. Kini, ibu bapa sangat menitikber­atkan ilmu agama namun tidak menghalang anak mereka mencapai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia