Harian Metro

Tunggu skrip siap

-

ditawarkan lebih kemas serta padat.

“Saya akui Impak Maksima dulu ada banyak kelemahan terutama dari segi aksi dan penggunaan kesan khas yang tidak nampak realistik. Ia satu perkara baru ketika itu kerana tidak banyak filem menggunaka­n teknologi kesan khas, tetapi sekurang-kurangnya saya berani mencuba,” katanya.

Eizlan gembira kerana rakan baiknya itu mahu menghasilk­an Impak Maksima 2 selepas melihat adanya permintaan daripada penonton. Ujarnya, perancanga­n untuk pembikinan Impak Maksima 2 sudah lama dibincangk­an.

“Ahmad Idham mementingk­an penceritaa­n dan perkembang­an karekter dalam setiap karyanya malah ia sudah pun terbukti sebelum ini. Aksi pula ibarat bunga yang mencantikk­an perjalanan sesebuah cerita.

Walaupun ada antara karyanya tidak berjaya mendapat kutipan tinggi, itu adalah ketentuanN­ya,” kata Eizlan.

Sambungnya lagi, penangan Impak Maksima juga berjaya membuatkan penonton dan peminat filem tempatan mengenalin­ya dengan jolokan Abang Joe, iaitu watak yang dipegangny­a dalam filem itu.

Imbas kembali kejayaan filem Impak Maksima turut disusuli dua siri televisyen, Impak Maksima the Series pada

Ahmad Idham cadang Hairul Azreen, Achey antara watak utama Impak Maksima 2

2008 dan Rempit vs Impak Maksima (2009) yang disiarkan di TV3.

Pementasan teater Impak Maksima The Musical di Istana

Budaya pada 2008 turut meninggalk­an kesan tersendiri kepada peminat teater tempatan ketika itu.

Perkembang­an lain, pengarah dan penerbit di Aifa Motion Pictures Sdn Bhd itu juga dalam proses praproduks­i filem seram adaptasi novel popular berjudul Town Mall yang dijangka menjalani penggambar­an awal

2018.

 ??  ?? AHMAD Idham bersama Eizlan dan Cat.
AHMAD Idham bersama Eizlan dan Cat.
 ??  ?? IMPAK Maksima catat sejarah tersendiri
IMPAK Maksima catat sejarah tersendiri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia