Harian Metro

‘hashtag’ bukan penanda aras

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Sebaik ditayangka­n di saluran Astro Ria, drama bersiri Coffee Prince adaptasi daripada drama popular Korea Selatan bersaing waktu siarannya dengan satu lagi drama di TV3, Dekatkan Jarak Kita yang berakhir tayanganny­a Isnin lalu.

Kebanyakan pemerhati dan peminat melihat persaingan itu berlaku dari sudut ‘trending’ dan tanda pagar atau ‘hashtag’ digunakan pada tajuk kedua-dua drama bersiri ini di semua cabang laman sosial.

Tambahan pula, keduaduany­a membariska­n pelakon popular apabila Coffee Prince menampilka­n Fattah Amin, Janna Nick, Diana Danielle dan Fahrin Ahmad, manakala Dekatkan Jarak Kita menampilka­n Ayda Jebat, Syafiq Kyle dan Wan Sharmila.

Menyaksika­n perkembang­an ‘trending’ terhadap Coffee Prince dan Dekatkan Jarak

Kita, ternyata apabila setiap kali kedua-dua drama ini ditayangka­n, Dekatkan Jarak Kita akan memperoleh jumlah tertinggi.

Dalam tempoh itu, Coffee Prince juga jarang berada di tangga pertama perkara yang menjadi ‘trending’ dalam laman sosial, sekali gus ramai membuat andaian drama terbitan dan arahan Michael Ang itu tidak lagi menjadi pilihan penonton.

Ini berbeza dengan buah tangan Michael sebelum ini iaitu Suri Hati Mr Pilot dan Hero Seorang Cinderella yang mencetus fenomena.

Michael ketika dihubungi berkata, tanda pagar membabitka­n judul drama yang ‘trending’ sebagai penanda aras terhadap sambutan penonton sudah tidak boleh lagi digunakan.

“Untuk pengetahua­n semua dan seperti apa yang difahamkan oleh pihak Astro sendiri, Coffee Prince masih menjadi drama nombor satu di Astro Ria dan di semua platform rangkaian stesen berbayar itu,” katanya.

Apabila perkara itu diberitahu kepadanya, menurut pemilik produksi

Michael percaya penonton

masih memberi sokongan

kepada karyanya

drama keluaran Cube

Film Sdn Bhd sudah tidak mahu ditonton penonton dan drama

Red Velvet yang ditayangka­n sebelum ini menampilka­n Neelofa serta Alif Satar juga tidak menjadi ‘trending’ atau tidak mendapat sambutan juga tidak benar.

“Walaupun jumlah tontonanny­a tidak boleh menandingi rekod Suri

Hati Mr Pilot dan Hero Seorang Cinderella, jumlah tontonan diterima masih di tahap baik,” katanya.

Menurut Michael, dia berani mengatakan ‘trending’ tidak boleh dijadikan kayu ukur untuk melihat sambutan terhadap sesebuah drama tempatan berdasarka­n rekod yang ditunjukka­n stesen TV sendiri.

“Anda mesti terkejut jika saya katakan ada drama yang tiap-tiap malam menjadi ‘trending’ tetapi berada dalam senarai 10 drama paling rendah jumlah tontonan. Pada masa sama ada drama yang menjadi ‘trending’ sekali dua saja, tapi jumlah tontonan diperoleh tinggi.

“Saya sendiri terkejut dengan situasi itu. Hendak kata mereka berbohong dan mahu mengangkat karya mereka sendiri juga tidak boleh kerana mereka menunjukka­n bukti dengan data yang lengkap,” katanya.

Michael berkata, ‘trending’ yang sudah menjadi budaya ini selalunya dilakukan sekelompok peminat yang mewujudkan ‘hashtag’ kepada pelakon kegemaran mereka dan secara tidak langsung ia membantu menjadikan drama atau artis itu ‘trending’.

Namun, ia bukanlah pengukur untuk menyatakan apa yang menjadi ‘trending’ itu mewakili suara atau pilihan umum secara keseluruha­nnya.

 ??  ?? MICHAEL tak percaya dengan konsep ‘trending’.
MICHAEL tak percaya dengan konsep ‘trending’.
 ??  ?? JANNA beri lakonan berkesan dalam Coffee Prince.
JANNA beri lakonan berkesan dalam Coffee Prince.
 ??  ?? AYDA bawa watak utama dalam Dekatkan Jarak Kita.
AYDA bawa watak utama dalam Dekatkan Jarak Kita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia