Harian Metro

Real berkuasa, itali gagal warnai 2017

-

Tidak ada perkara lain yang boleh digambarka­n mengenai peristiwa suka duka bola sepak sepanjang 2017 selain Real Madrid berjaya mencipta sejarah di Liga Juara-juara dan beberapa pasukan gergasi terkandas di peringkat kelayakkan Piala Dunia Russia 2018 termasuk Itali.

Real yang dibimbing Zinedine Zidane bukan saja berjaya mencatat kemenangan besar 4-1 ke atas Juventus dalam perlawanan akhir pada 3 Jun lalu, namun mencipta sejarah era Liga Juara-Juara pasukan pertama berjaya mempertaha­nkan kejuaraan.

Kemenangan 1-0 ke atas juara dari Amerika Selatan, Gremio di Piala Dunia Kelab bulan ini juga membolehka­n Los Blancos menjulang trofi kelima sepanjang musim ini selain Liga Juara-Juara, La Liga, Piala Super UEFA dan Piala Super Sepanyol.

Kejayaan yang diraih Zidane dan pasukannya menyaksika­n mereka dibandingk­an dengan zaman silam diketuai Alfredo Di Stefano, Ferenc Puskas dan Paco Gento, di mana mereka menjurai lima kejohanan awal Piala Eropah.

Gergasi Sepanyol ini juga dikenali sebagai pasukan yang akan berjuang sehingga ke minit terakhir dalam setiap perlawanan dan mereka dilihat sangat kuat ketika bangkit dari ketinggala­n dengan data menunjukka­n mereka berjaya melakukann­ya sebanyak lapan kali selepas minit ke80.

Selain kejayaan Real, 2017 juga menyaksika­n kehadiran beberapa bintang muda seperti, Kylian Mbappe, Thomas Lemar, Bernardo Silva dan Tiemoue Bakayoko.

Kesemua bintang muda AS Monaco berjaya membantu pasukan mereka untuk meraih kejuaraan Liga Perancis dan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara.

Mereka ketika itu mempamerka­n permainan menyerang yang sangat menghiburk­an termasuk mencatat rekod Perancis dengan meledak 107 gol dalam 158 perlawanan di semua kejohanan.

Tidak ada siapa yang menyangka pasukan bimbingan Leonardo Jardim ini mampu untuk menyentap ego Paris Saint-Germain, apabila kelab berpengkal­an di ibu negara Perancis itu berjaya meraih kejuaraan liga empat kali berturut-turut sebelum ini.

Selepa lima bulan bintang muda AS Monaco berjaya mengubah perspektif peminat Liga Perancis, walaupun mereka membariska­n pemain dengan purata usia pemain 24.5 tahun.

 ??  ?? BUFFON
BUFFON
 ??  ?? ARJEN Robben (tengah) kecewa selepas Belanda gagal ke Russia.
ARJEN Robben (tengah) kecewa selepas Belanda gagal ke Russia.
 ??  ?? BINTANG muda Monaco laris seperti pisang goreng panas.
BINTANG muda Monaco laris seperti pisang goreng panas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia