Harian Metro

Edwards sehebat Muhammad Ali

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Legenda Manchester United, Jimmy Murphy mengakui bahawa kehebatan Duncan Edwards boleh diibaratka­n seperti jaguh tinju, Muhammad Ali dan mungkin lebih dari itu.

“Apabila saya mendengar nama Muhammad Ali yang mendakwa kepada dunia beliau adalah paling hebat, saya hanya tersenyum. Paling hebat antara semua ketika itu ialah pemain bola sepak bernama Duncan Edwards,” kata Muphy yang juga sangat terkenal dalam kalangan peminat United sebagai penolong pengurus, ketua jurulatih, pengurus pasukan simpanan dan pencari bakat.

Ramai juga tertanyata­nya adakah Edwards memang betul-betul hebat sama seperti Pele atau Alfredo Di Stefano, malang sekali tidak banyak rakaman ketika beliau sedang beraksi dan hanya bergantung kepada bukti melalui cakap-cakap orang dari mereka yang sempat menyaksika­n kehebatann­ya.

“Beliau adalah pemain terbaik yang pernah saya lihat dan bermain sekali dalam satu padang. Saya sentiasa merasakan saya mampu dibandingk­an dengan mana-mana pemain kecuali Duncan. Dia mempunyai bakat luar biasa dan saya sentiasa merendah diri jika berjumpa dengannya,” kata seorang lagi legenda United, Bobby Charlton.

Malah Matt Busby sendiri, yang enggan meletakkan dirinya sendiri dalam ahli Busby Babe juga tidak dapat menyangkal bahawa Edwards memang seorang pemain hebat.

“Duncan memiliki segalanya. Dia sangat besar, kuat dan yakin, malah ketika itu masih muda. Sejak dari awal lagi kami cuba untuk mencari kekurangan dalam permainann­ya namun tidak berjaya,” kata Busby.

Edwards dilihat sebagai seorang pemain bola sepak yang sempurna, boleh beraksi di manamana posisi namun lebih terarah di bahagian tengah bertahan.

Sebelum ini dia memegang rekod sebagai pemain England paling muda beraksi di peringkat antarabang­sa ketika usia 18 tahun, sebelum dipecahkan Michael Owen pada 1998.

Bagaimanap­un, sebelum dia mencipta nama bersama dengan England dengan menumpaska­n Scotland 7-2 di Wembley, Edwards sebenarnya sudah diintai beberapa kelab yang tertarik dengan pergerakka­nnya di atas padang.

Pada awal 1948 menerusi satu surat tulisan tangan dari ketua pencari bakat United, Jack O’Brien berada di meja Busby dengan saranan bahawa Edwards adalah pemain hebat.

“Saya sudah melihat seorang budak sekolah berusia 12 tahun di mana ia mampu menarik perhatian saya. Namanya ialah Duncan Edwards,” kata O’Brien di mana selepas itu jurulatih, Bert Whalley meninjau perkembang­an Edwards dengan lebih serius.

Edwards melakukan penampilan dalam kesebelasa­n utama dengan beraksi di sayap kiri pada usia 16 tahun 183 hari menentang Cardiff City di Old Trafford.

Busby ketika itu bukan saja memiliki Edwards malah pemain hebat lain seperti David Pegg, Dennis Viollet, Bill Foulkes,

Mark Jones dan Jackie Blanchflow­er.

Berdasarka­n apa yang diberitahu Busby, Edwards lebih berasa teruja jika berdepan dengan cabaran yang hebat ataupun perlawanan penting, termasuk ketika mewakili England menentang penyandang juara Piala Dunia, Jerman pada 1956 di Stadium Olimpik Berlin.

Ketika itu Edwards berjaya menjaringk­an gol selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 selepas 25 minit, dia membawa bola dari penjuru petak penalti pasukannya, melakukan larian ke kubu lawan sebelum meledakkan rembatan sejauh 23 meter.

England mencatat kemenangan 3-1 di mana ketika itu ketua pasukan, Billy Wright mengakui semua peminat sentiasa menyebut namanya.

Beliau adalah salah seorang dari mangsa tragedi kapal terbang terhempas di Munich pada 6 Februari 1958, dengan mengalami kecederaan di bahagian paru-paru, buah pinggang, paha dan tulang rusuk, sebelum meninggal dunia 15 hari kemudian.

 ??  ?? EDWARDS (kanan) bersama pengurus tersohor United , Busby (tengah).
EDWARDS (kanan) bersama pengurus tersohor United , Busby (tengah).
 ??  ?? EDWARDS
EDWARDS
 ??  ?? TUGU sempena memperinga­ti kehebatan
Edwards.
TUGU sempena memperinga­ti kehebatan Edwards.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia