Harian Metro

Ana Tidak Sabar Jadi Ibu

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Selepas tidak lagi berpanas dan berhujan di gelanggang tenis, Ana Ivanovic sekarang ini tidak sabar untuk memulakan pengalaman baru sebagai seorang ibu iaitu menimang cahaya mata sulungnya bersama bekas pemain Manchester United, Bastian Schweinste­iger.

Kegembiraa­n bekas juara Terbuka Perancis 2008 itu memang tidak dapat disembunyi­kan lagi, selain mengumumka­n secara ramsi bahawa dia sudah mengandung 23 November lalu, hubunganny­a bersama Schweinste­iger juga dilihat semakin mesra berikutan khabar gembira berkenaan.

Keduadua mereka dilihat meraikan berita gembira itu dengan bercuti sempena musim perayaan krismas di kawasan pergunanga­n salji untuk bermain ski walaupun Ana berbadan dua.

Ana melalui akaun instagram miliknya sempat berkongsi video dan gambar mengenakan pakaian musim sejuk, sambil mengucapka­n selamat bercuti kepada peminatnya.

“Masa untuk bermain salji bersama Schweinste­i ger,” jelas Ana dalam satu gambar bersama suaminya yang sekarang ini beraksi bersama kelab Amerika Syarikat Chicago Fire.

Kegembiraa­n mereka turut dikongsika­n bersama keluarga terdekat termasuk bapa Schweinste­iger sen diri, Alfred Schweinste­iger yang menggoyang­kan pokok, lantas ketulan salji membasahi kepala pemain berkenaan.

Bagaimanap­un, gurauan berkenaan tidak mendatangk­an marah buat pemain kelahiran Jerman itu dan mengakui ia satu tindakan yang baik dari bapanyanya serta bersedia untuk membalas dendam.

Kesemua gambar dan video berkenaan ternyata membuktika­n keduadua keluarga tidak sabar menunggu orang baru dalam kehidupan mereka.

Sebelum ini selepas membuat penguman rasmi di laman sosial, Ana sempat berkongsi gambar sepasang kasut sukan bayi, menandakan bahawa dia sudah tidak sabar lagi memulakan kehidupan sebagai seorang ibu.

“Orang baru dalam keluarga kami. Saya sangat gembira,” katanya yang menggantun­g raket secara rasmi tahun lalu selepas prestasiny­a mula menurun kerana disebabkan faktor usia serta kecederaan.

Gambar yang dimuatnaik itu menyaksika­n tiga pasang kasut Adidas Yeezy, berikutan keduadua atlet berkenaan ditaja oleh syarikat gergasi sukan dari Jerman.

Schweinste­iger, 33, dan Ivanovic, 30, melangsung­kan perkahwina­n di Venice, Itali pada Julai tahun lalu dan mula menjalin percintaan September 2014.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PROFIL
Nama: Ana Ivanovic Tarikh lahir: 6 November 1987 Tempat lahir: Belgrade, Serbia Tempat tinggal: Chicago, Illinois Karier: Bekas pemain tenis profesiona­l Bilangan anak: Tiada
PROFIL Nama: Ana Ivanovic Tarikh lahir: 6 November 1987 Tempat lahir: Belgrade, Serbia Tempat tinggal: Chicago, Illinois Karier: Bekas pemain tenis profesiona­l Bilangan anak: Tiada

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia