Harian Metro

Mengharapk­an Perubahan Pada 2018

-

Ayuh baiki perspektif kita agar tahun 2018 lebih bermakna dan berhasil. Hanya dengan perspektif yang jelas saja kita dapat menilai situasi kelemahan dengan tepat, sekali gus memperbaik­i sikap ke arah sesuatu yang lebih progresif.

Minggu lalu banyak mengajar saya mengenai peri pentingnya perspektif yang betul bagi mengenalpa­sti di manakah kelemahan kita. Dalam cabang sukan, bola sepak atau bidang apa sekali pun, ia memerlukan sudut pandang yang tepat jika berhasrat untuk melangkah maju dan padu.

Antara contoh jelas ialah kekaburan dalam keputusan menamatkan kontrak ketua jurula tih terjun negara, Yang Zhuliang dengan andaian bahawa jurulatih berpengala­man dari China itu tidak mengamalka­n aplikasi sains sukan.

Hujah yang tentu sekali sukar diterima Zhuliang kerana kaedah latihannya terbukti dengan kejayaan penerjun Malaysia merangkul kejuaraan dunia, pingat Olimpik serta peningkata­n ketara Malaysia dalam sirkit terjun antarabang­sa.

Lain pula reaksi susulan Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) selepas menyedari sukar untuk menafikan keberkesan­an formula latihan Zhuliang berdasarka­n statistik pencapaian di samping pengakuan beberapa penerjun negara yang mempertaha­nkan wibawa jurulatih veteran itu.

Selain isu membabitka­n Zhuliang, KBS atau Majlis Sukan Negara (MSN) turut mempunyai perspektif yang kurang sesuai apabila lantang menggugurk­an tiga bidang sukan, sepak takraw, angkat berat dan taekwondo daripada program sukan teras mereka.

Jika kita memperinci­kan kewujudan MSN serta peranannya terhadap kemajuan sukan tanah air, pasti timbul persoalan bahawa apakah keputusan yang bersikap punitive (menghukum) terhadap sukan sepak takraw, angkat berat dan taekwondo itu, paling tepat dan terbaik. Saya rasa tidak.

Bukankah MSN sebagai penggerak operasi cabang agensi kerajaan, tetap berperanan untuk membantu? Jika dikatakanl­ah banyak sukan lain di negara ini ‘bermasalah’, adakah semua kegiatan mereka, khususnya dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA), juga akan digugurkan?

Barangkali, MSN atau manamana pembuat dasar, mempunyai perspektif yang berbeza mengikut maklumat yang mereka ada. Adakalanya mereka juga boleh dikaburi daripada melihat perspektif dari sudut pandang yang lebih meluas.

Memasuki tahun 2018, sukan bola sepak tentu sekali berdepan dengan pelbagai isu yang memerlukan penilaian secara

“big picture”. Apatah lagi 12 bulan lalu yang penuh sensasi dan kontrovers­i membuktika­n lagi status bola sepak sebagai sukan nombor satu negara.

Diharapkan pucuk pimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sentiasa berada di landasan kukuh dengan perspektif yang paling rasional. Jangan mudah melenting dengan seribu satu saranan media sosial. Angan dan impian dalam laman maya perlu dimengerti tetapi jangan sampai menjadi semak samun yang boleh menyesatka­n.

Pengalaman pahit ketika beriadah di dua venue sukan (futsal dan bola sepak) di Lembah Klang minggu lalu nyata mengajar saya betapa perspektif yang salah mudah memperdaya­kan kita.

Masalahnya dekat tetapi kita tidak mampu melihatnya. Persekitar­an kurang enak di keduadua venue itu tidak menggambar­kan nilai sebenar kawasan itu sebagai gelanggang bersukan dan beriadah yang bercirikan amalan

di peringkat antarabang­sa.

Ia jauh meleset daripada amalan antarabang­sa, malah mundur di segi kebersihan, kawal selia dan disiplin. Pemilik sekadar menyediaka­n gelanggang dan mengutip sewanya tetapi seolaholah tidak menitikber­atkan semangat sebenar lokasi kesukanan.

Misalnya, merokok meratarata, sampah berselerak­an serta penyelengg­aran kawasan yang ala kadar. Sama ada pemilik mahu pun pengguna (ahli sukan?), sikap keduadua pihak itu membuka mata saya bahawa perspektif kesukanan di negara ini masih belum benarbenar difahami.

Banyak slogan dan poster yang dicanangka­n di sana sini mengenai kesukanan di Malaysia tetapi hakikatnya kita sendiri yang tidak menghormat­i dan mempraktik­kan amalan yang sepatutnya. Jumpa lagi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia