Harian Metro

RIDZWAN TERUS MENYEPI

-

Nampaknya isu tuduhan rasuah ke atas jurulatih Kedah, Nidzam Adzha Yusoff serta enam pemain pasukan itu yang dicetuskan oleh pemilik akaun Facebook, Muhammad Ridzwan belum selesai.

Setakat ini, belum ada perkembang­an positif apabila Ridzwan masih mengambil pendekatan mendiamkan diri walaupun sebelum ini pernah menyatakan akan tampil bersemuka serta memohon maaf kepada jurulatih dan enam pemain berkenaan.

Rabu lalu, ketika dihubungi, Nidzam memberitah­u Spy Bola, kelibat Ridzwan belum kelihatan walaupun dia sudah lama diberi peluang untuk berbuat begitu.

Berdasarka­n perbualan dengan Nidzam,

Spy Bola rasa kes ini bakal berlanjuta­n ke mahkamah jika pemilik akaun Facebook itu terus mengambil sikap mendiamkan diri.

Usaha Spy Bola untuk mendapatka­n maklum balas Ridzwan melalui mesej WhatsApp juga tidak mendapat jawapan walaupun sebelum ini kami pernah berinterak­si.

Khairul Helmi Johari atau Keon pernah memberitah­u Spy Bola, selagi individu berkenaan tidak tampil memohon maaf kepadanya, dia tidak akan menutup kes itu begitu sahaja.

Walaupun sebelum ini Ridzwan sudah membuat permohonan maaf sebanyak dua kali melalui video dan Facebook namun Nidzam, Keon serta pemain lain tidak menerimany­a kerana menganggap ia tidak ikhlas.

Dengar cerita mereka hanya menunggu Ifwat Akmal Chek Kassim pulang daripada tugasan bersama skuad bawah 23 tahun negara pada pertanding­an Kejuaraan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) B-23, untuk meneruskan tindakan undang-undang.

Spy Bola: Berhati-hati menulis.

 ??  ?? KHAIRUL Helmi Johari.
KHAIRUL Helmi Johari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia