Harian Metro

RUMAH SIAP, PAHAT BERBUNYI

-

Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2017 berlangsun­g dengan penuh gilang-gemilang di sebuah hotel, Jumaat lalu malah disiarkan secara langsung melalui sebuah stesen televisyen.

Spy Bola ingin mengucapka­n tahniah kepada semua pemenang pada malam itu. Nampaknya, Kedah mendominas­i anugerah berkenaan termasuk memenangi dua kategori utama iaitu Pasukan Terbaik dan Pemain Paling Bernilai melalui Baddrol Bakhtiar.

Tapi sudah menjadi adat, bila selesai sesuatu anugerah, maka timbullah sosek-sosek yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan pemilihan calon dan pemenang. Ibarat kata orang ‘rumah siap, pahat berbunyi’.

Antara yang paling hangat dipertikai­kan adalah pemilihan Kedah sebagai pasukan terbaik kerana ramai yang menganggap Johor Darul Ta’zim (JDT) selaku juara Liga Super dan Piala Malaysia, lebih berhak.

Malah, ramai penyokong JDT tidak puas hati bila tiada seorang pun pemain kelab itu yang tersenarai dalam anugerah kali ini kecuali Mohammed Ghaddar selaku Penjaring Terbanyak.

Adam Nor Azlin yang terpilih sebagai Pemain Muda Harapan pula walaupun kini mewakili JDT tapi memenangi anugerah itu atas aksinya bersama Selangor pada musim ini.

Turut dipertikai­kan adalah pencalonan Syafiq Ahmad dalam senarai akhir bagi kategori Penyerang Terbaik kerana sepanjang musim ini dia lebih banyak memanaskan bangku simpanan berbanding di tengah panas.

Ya, Spy Bola sendiri beranggapa­n ada keputusan yang boleh dipertikai­kan tapi secara keseluruha­nnya ABK berjaya mencapai matlamatny­a. Tahniah.

Spy Bola: Sekadar Top 5.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia