Harian Metro

NIDZAM HILANG SABAR

-

Sepanjang mengenali Nidzam Adzha Yusoff sejak zaman sebagai pemain, Spy Bola boleh kategorika­n beliau seorang yang sangat tenang, jarang marah serta banyak bertolak-ansur.

Namun, dalam isu tuduhan rasuah yang dicetuskan Muhammad Ridzwan, Nidzam nampaknya tidak mampu membendung kemarahann­ya apatah lagi bila individu itu tidak bersungguh­sungguh untuk membuat permohonan maaf selepas mengaku kesalahann­ya.

Nidzam beritahu Spy Bola, tuduhan itu bukan sahaja mencemarka­n maruahnya seorang malah turut terpalit kepada isteri dan anak-anaknya.

“Saya boleh terima jika orang menyalahka­n saya atas kekalahan Kedah pada final Piala Malaysia tapi menuduh saya mengambil rasuah sesuatu yang keterlalua­n.

“Tuduhan itu bukan sahaja memburuk nama saya malah sudah terpalit kepada keluarga. Saya tidak boleh berdiam diri dengan membiarkan orang yang membuat tuduhan terlepas begitu sahaja,” kata Nidzam.

Berdasarka­n katakatany­a itu, Spy Bola yakin Nidzam sudah nekad untuk meneruskan tindakan undang- undang ke atas Ridzwan.

Nasi sudah menjadi bubur, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata, buruk padahnya. Ketika pasukan lain rancak membuat persiapan menjelang Liga Malaysia 2018 yang akan bermula pada Februari depan, pasukan Pulau Pinang mencetuska­n misteri kepada penyokongn­ya.

Mereka tertanya-tanya apa yang berlaku pada pasukan itu kerana tidak ada tanda-tanda ia sedang membuat persiapan.

Apa yang membimbang­kan mereka, seorang demi seorang pemain mengangkat kaki meninggalk­an pasukan itu termasuk pemain utama seperti Rafiuddin Rodin, Syamer Kutty Abba dan Jafri Firdaus Chew.

Malah, sehingga kolum ini ditulis pada Rabu, Persatuan Bola sepak

Pulau Pinang (FAP) belum melantik presiden baru bagi menggantik­an Zairil Khir Johari yang meletak jawatan pada Oktober lalu.

Spy Bola cuba dapatkan penjelasan daripada beberapa individu yang rapat dengan persatuan itu termasuk jurulatih, Zainal Abidin Hassan tapi semua mengambil pendekatan mengunci mulut.

Namun, seorang bekas pemain memberitah­u

Spy Bola, pasukan itu sebenarnya sudah memulakan langkah untuk menghadapi musim depan namun sengaja tidak mahu menghebohk­an.

“Mereka mahu membuat kerja dalam diam serta tanpa publisiti kerana cara itu dilihat lebih berkesan.

Zainal sebenarnya sudah mempunyai senarai pemain yang bakal membarisi pasukan, cuma tidak didedahkan,” kata bekas pemain berkenaan.

Kalau betul baguslah tapi jika tidak, Spy Bola faham mengapa penyokong mereka begitu resah serta bimbang dengan nasib pasukan itu yang akan beraksi dalam Liga Perdana musim depan.

 ??  ?? NIDZAM Adha Yusof
NIDZAM Adha Yusof
 ??  ?? SYAMER Kutty Abba
SYAMER Kutty Abba

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia