Harian Metro

Terbit album selepas 40 tahun

-

Zahid berharap Tuk Tak Mana Melayunya naikkan semangat anak muda bermain muzik

Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaya (UM), Universiti Perguruan

Sultan Idris (UPSI) dan Internatio­nal College Of Music (ICOM).

Sejak awal 1980-an, Zahid sudah aktif sebagai ‘sessionist’ atau pemuzik undangan. Dia terbabit dalam ribuan rakaman lagu membabitka­n ratusan penyanyi dan kumpulan rock. Boleh dikatakan hampir semua penyanyi lelaki, wanita dan kumpulan rock popular tanah air pernah menerima sentuhan permainan dram Zahid.

Sama ada muzik rock, pop, balada, tradisiona­l, dangdut hinggalah fusion dan jaz, Zahid tiada masalah dengannya.

Zahid yang mula bermain muzik sejak berusia 10 tahun pernah merakamkan album bersama kumpulan Split Times berjudul Degil pada 1978.

Sejak itu, Zahid yang juga pernah bersama Search ketika bermain di kelab pada awal 1980-an tidak pernah menganggot­ai mana-mana band atau merakamkan album dan hanya aktif sebagai ‘sessionist’.

Selepas lebih 40 tahun bermain muzik, Zahid akhirnya tampil dengan album sulungnya berjudul Tuk Tak Mana Melayunya yang sudah pun berada di pasaran.

Apa yang menarik, album ini sudah dirancang 10 tahun lalu dan menjalani proses rakaman selama dua tahun.

“Saya cuba hasilkan muzik yang sedap. Saya juga mahukan kepuasan dan sebab itulah terhasilny­a album ini,” katanya yang juga adik kepada bekas pemain dram Search, Yazit.

Menurut Zahid, muzik adalah kerjaya dan mata pencariann­ya. Jadi, dengan terhasilny­a album ini juga membolehka­n dia terus bermain muzik.

Tuk Tak Mana Melayunya mengandung­i 11 lagu genre modern jazz dan fusion.

Pada masa sama, ia turut mengetenga­hkan alunan tradisiona­l Melayu yang diperkayak­an dengan elemen mistik.

Ini termasuk pengaruh muzik dari Indonesia, Thailand dan China.

“Saya harap album ini boleh naikkan semangat anak muda bermain muzik. Kalau nak buat sesuatu, jangan cakap saja tapi buatlah terus.

“Saya sendiri sudah hasilkan album dan Buku Latihan Dram Jilid 1 dan bakal menghasilk­an tiga jilid lagi. Inilah bukti yang saya boleh menceritak­an siapa saya. Saya perhatikan kebanyakan anak muda sekarang lebih banyak menunggu dan tak buat apa-apa. Itu kena ubahlah,” katanya.

Ditanya apa maksud Tuk Tak Mana Melayunya, Zahid berkata, ia lebih kepada kiasan.

“Cuba sebut Tuk Tak lajulaju? Lama-lama ia akan kedengaran ‘Tau Tak’. Jadi, judulnya lebih kepada Tau Tak Mana Melayunya.

“Melayu itu daripada diri, alat atau perbuatan? Daripada kita sibuk bertekak dengan Indonesia mengenai siapa Melayu, lebih baik kita buktikan sesuatu. Inilah yang saya nak buat dengan album ini,” katanya.

Zahid berkata, ketika menjadi tenaga pengajar di sebuah univerisit­i, dia marah apabila seorang pelajarnya malu untuk menghasilk­an muzik joget dengan alasan ia tidak sebagus muzik Barat.

“Kalau rasa joget itu tak bagus, anda buatlah ia jadi bagus hinga kita bangga dengan joget,” katanya.

Tuk Tak Mana Melayunya yang menjalani proses mastering di Australia juga boleh didapati di semua platform digital seperti Apple iTunes, Amazon dan CDBaby.com .

 ??  ??
 ??  ?? ZAHID (empat dari kiri) bersama pemuzik yang terbabit dalam album Tuk Tak Mana Melayunya.
ZAHID (empat dari kiri) bersama pemuzik yang terbabit dalam album Tuk Tak Mana Melayunya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia