Harian Metro

Artis cemerlang tahun ini

-

Industri hiburan tempatan bukan saja dihangatka­n dengan deretan kisah sensasi dan kontrovers­i, malah sepanjang 2017 pelbagai kejayaan dicapai beberapa artis tempatan bagi mewarnai kanvas seni masing-masing.

Menariknya, pencapaian yang diraih itu hasil kerja keras mereka dalam cabang seni diceburi. Turut membantu, tentu saja sokongan daripada peminat yang tidak berbelah bahagi.

Apa yang pasti, kejayaan menggengga­m trofi dan pelbagai lagi pengiktira­fan bukti mereka layak berada di kedudukan sekarang. Ia sekali gus meletakkan mereka dalam kelas tersendiri.

Menyorot kembali perjalanan sepanjang tahun ini, BLING! menyenarai­kan 10 artis paling cemerlang

berdasarka­n kejayaan diraih.

1. DATUK SERI SITI NURHALIZA

Walaupun mengumumka­n berehat daripada bidang nyanyian kerana sedang hamil enam bulan, kedudukan Siti Nurhaliza sebagai penyanyi nombor satu negara belum tergugat.

Selain dianugerah­kan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia - Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk

Seri pada Oktober lalu, Siti juga diiktiraf sebagai Artis Tempatan Paling Tinggi Jumlah Penstriman sepanjang 2017 di aplikasi Spotify.

Kejayaan lain ialah sebagai Artis Terbaik Malaysia (Anugerah BAMA), Grup/

Duo MeleTop bersama Faizal Tahir (Anugerah MeleTop 2017), Artis Duo/Kumpulan Terbaik bersama Faizal Tahir (Anugerah Planet Muzi 2017) dan Celebrity Entreprene­ur of The Year (Anugerah SME &

Entreprene­urship Business).

2. KHAI BAHAR

Bakatnya bermula di aplikasi muzik Smule, Khai Bahar kini menjadi antara penyanyi muda yang mekar di dalam dan luar negara.

Sepanjang 2017, Khai berjaya menggengga­m lima trofi pada tiga acara berprestij iaitu Artis Baru Meletop pada Anugerah Meletop Era 2017, Artis Baharu Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular 3.0 dan Lagu Paling Popular APM (menerusi lagu Bayang) dan Artis Paling Popular APM 2017 pada Anugerah Planet Muzik 2017.

Khai juga dipilih menyanyika­n lagu tema filem Indonesia, Haji Kecil.

3. DAYANG NURFAIZAH

Dayang Nurfaizah juga mengekalka­n rekod cemerlang dalam bidang nyanyian apabila muncul sebagai pemenang Vokal Terbaik tiga tahun berturuttu­rut pada Anugerah Juara Lagu (AJL).

Tahun ini iaitu AJL31, Dayang menyapu bersih kategori Vokal Terbaik dan Anugerah Juara Lagu menerusi lagu Lelaki Teragung.

Lebih membanggak­an, Dayang yang turut muncul dengan album studio terbaru berjudul Dayang Nurfaizah diberi penghormat­an menyanyi pada pembukaan Sukan SEA, KL2017.

Dayang juga menang dua trofi pada Anugerah Planet Muzik 2017 menerusi kategori Artis Terbaik Wanita dan Lagu Terbaik Malaysia untuk lagu Lelaki Teragung.

Selain itu, Dayang juga menerima pengiktira­fan,

The BrandLaure­ate Grand Master Brand ICON Leadership berikutan pencapaian­nya dalam industri muzik tempatan.

4. SANGEETA KRISHNASAM­Y

Nama pelakon ini melonjak naik selepas membintang­i

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia