Harian Metro

Ustaz Biker jelajah masjid

-

RTM berkongsi dengan penonton setia salurannya program travelog terbaru berkonsepk­an pengembara­an motosikal berkuasa tinggi oleh seorang ustaz menjejaki sejarah masjid terpilih di Malaysia.

Menerusi program Ustaz Biker yang sedang bersiaran setiap Khamis jam 10 malam di TV1, Ustaz Halim Hafidz selaku hos akan mengembara ke seluruh negara menaiki motosikal berkuasa tinggi dan bertemu dengan individu tertentu untuk ditemu ramah.

Konsep yang diamalkan adalah secara ‘santai tapi sampai’ dan antara aspek yang dipaparkan ialah berkaitan sejarah serta aktiviti masjid berkenaan.

Dalam 13 episod program ini, antaranya penonton dibawa ke Batu Pahat, Johor. Destinasi Ustaz Halim ialah Masjid Sultan Ibrahim dan antara lokasi yang sempat dilawatiny­a ialah Pantai Minyak Beku, Perigi Batu Pahat, Nasi Beriani Gam dan Dataran Penggaram.

Ustaz Halim turut merasai pengalaman sambutan Majlis Haul Habib Ali Bin Jaafar Al-Idrus yang diadakan pada hari itu.

Aktiviti diteruskan dengan riadah dan sesi soal jawab bersama geng anak muda di Dataran Penggaram. Episod ini diakhiri dengan trivia berkenaan solat sunat musafir.

Destinasi seterusnya ialah Masjid Sultan Alaudin Riayat Syah di Pagoh. Di sana, Ustaz Halim sempat singgah di beberapa lokasi menarik seperti Kolam

Air Panas Gersik, Ladang Herba Nasuha dan Kampung Sarang Buaya.

Setibanya di masjid itu, Ustaz Halim bertemu dengan imam, bilal dan ketua kampung. Dia menyertai aktiviti gotongroyo­ng memasak bubur lambuk.

Antara aktiviti yang dilakukan persatuan belia kampung ialah Kursus Pengurusan Jenazah. Dia kemudian melawat Makam Sultan Alaudin Riayat Syah yang ada di masjid itu. Ustaz Halim mengakhiri episod dengan sedikit perkongsia­n ilmu mengenai solat jamak.

Ustaz Halim kemudian meneruskan pengembara­an santainya ke Masjid AlHusna, Bandar Tenggara. Dalam perjalanan itu, dia sempat singgah di beberapa lokasi menarik seperti gerai tembikar Air Hitam, Muzium Kota Lama dan Pantai Tanjung Balau, Kota Tinggi.

Setibanya di masjid, dia disambut beberapa jemaah masjid termasuk imam muda iaitu Saufi yang berusia 26 tahun.

Saufi berkongsi pelbagai maklumat mengenai masjid yang dibina oleh KEJORA pada 1965 itu.

Di sini Ustaz Halim berpeluang menghadiri majlis bacaan surah Yaasin yang diadakan pada setiap malam Jumaat serta jamuan nasi ambeng selepas selesai majlis.

Ustaz Halim mengakhiri rancangan dengan pesanan agar mencontohi sifat air yang mengalir iaitu positif dan tegar dalam kehidupan.

Ikuti banyak lagi kupasan menarik program ini di TV1.

 ??  ?? USTAZ Halim (dua dari kiri) bersama Ustaz Don Daniyal dalam salah satu episod Ustaz Biker.
USTAZ Halim (dua dari kiri) bersama Ustaz Don Daniyal dalam salah satu episod Ustaz Biker.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia