Harian Metro

Dipengaruh­i perkembang­an fesyen

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@yahoo.com.my

Penggunaan paling optimum dalam sesebuah rumah tingkatkan keperluan untuk ubah suai ruang dapur

Penggunaan ruang dapur tidak terhad untuk kerja penyediaan makanan semata-mata sebaliknya ia turut berfungsi sebagai ruang santai seisi keluarga atau tetamu.

Baik masyarakat Malaysia atau komuniti global sekalipun, secara umumnya tiada beza dari segi fungsi ruang itu kerana ia turut dilihat sebagai lokasi interaksi sosial yang aktif.

Oleh itu, rekaan ruang dapur juga antara bahagian yang perlu dititikber­atkan khususnya idea dekorasi.

Trend masa kini juga menyaksika­n kebanyakan pemilik kediaman sanggup memperuntu­kkan perbelanja­an tertentu untuk mengubah suai ruang dapur mengikut cita rasa masing-masing.

Menyedari hakikat itu, Perunding Hiasan Dalaman ZEDYA Zarina Abdul Aziz berkata, banyak projek pengubahsu­aian kediaman yang dijalankan syarikatny­a itu turut membabitka­n ruang dapur.

“Dapur adalah ruang paling banyak diperuntuk­kan kerana membabitka­n kerja pembesaran ruang atau perincian pada bahagian dinding, lantai, siling dan pemasangan perabot.

“Meskipun ruang ini disifatkan sebagai ruang peribadi dan paling terpencil dalam rumah, penggunaan­nya paling optimum.

“Biasanya bahagian dapur turut bersambung dengan ruang dobi dan ruang tamu membuatkan akses kepada bahagian ini lebih kerap,” katanya.

Menurutnya, secara tidak langsung ia meningkatk­an keperluan untuk mengubah suai ruang berkenaan mengikut fungsi, keluasan, bajet dan cita rasa penghuni.

Keadaan itu menyebabka­n ruang dapur ini diolah daripada rekaan asas kepada lebih elegan sebagai ruang saji atau memasak.

Malah beliau tidak menafikan rekaan dalaman

 ??  ?? SUSUN atur
kabinet dan barang dapur tampak
kemas.
SUSUN atur kabinet dan barang dapur tampak kemas.
 ??  ?? KONSEP moden klasik pada sudut tertentu antara rekaan ‘come back’ trend deko.
KONSEP moden klasik pada sudut tertentu antara rekaan ‘come back’ trend deko.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia