Harian Metro

Idea keajaiban dunia

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Teknologi ditampilka­n pada Taman Tergantung

Babylon beri inspirasi kepada seni bina moden

Taman Tergantung Babylon yang terletak 50 kilometer di selatan Baghdad, Iraq antara seni bina lama tersenarai dalam tujuh keajaiban dunia.

Ia dibina sekitar 600 tahun Sebelum Masihi ketika zaman Raja Nebuchadne­zzar II.

Asalnya bukanlah bermaksud ‘tergantung’ seperti terikat dengan tali, sebaliknya dipercayai berasal daripada terjemahan Yunani iaitu ‘kremastos’ atau Latin ‘pensilis’ yang juga memberi makna anjung.

Meskipun ia tinggalan sejarah, perkembang­an teknologi ditampilka­n dalam seni bina taman itu mendorong visi terhadap idea konsep taman pada bangunan masa depan.

Antaranya, Mogashan yang direka Heatherwic­k Studio menerusi projek pembanguna­n membabitka­n perumahan mewah, bangunan komersial, pejabat dan sekolah berhampira­n dengan pusat tumpuan seni iaitu di M50 di tengah Shanghai, China.

Projek berkenaan kini dinamakan 1,000 Trees bukan saja dianggap pembinaan sebuah bangunan semata-mata malah turut membabitka­n topografi yang akhirnya membentuk dua gunung. Ia diliputi pokok menerusi ratusan tiang yang terdapat pada struktur kompleks berkenaan.

Jika sebelum ini tiang konkrit sebagai struktur menyokong bangunan disorok atau disembunyi­kan dalam sesuatu rekaan, bagi projek ini ia dilihat sebagai elemen ditonjolka­n yang turut berfungsi memaut pokok untuk meliputi bangunan terbabit.

Di London pula, ada satu kawasan yang dipanggil Digbeth kira-kira 10 minit berjalan kaki dari pusat bandar Birmingham.

Ia membabitka­n perumahan baru menempatka­n 500 unit kediaman berteres turut diinspiras­ikan daripada seni bina taman purba berkenaan.

Projek itu dicadangka­n sekumpulan pengamal arkitek berkenaan inovasi seni bina bangunan mesra buat komuniti berbilang kaum berdasarka­n peningkata­n populasi membabitka­n kumpulan itu di bandar Birmingham.

Projek yang dipanggil Garden Hill Digbeth itu bakal menampilka­n rekaan dua puncak dengan masingmasi­ng membabitka­n menara 25 tingkat.

Menariknya projek landskap membabitka­n kemudahan taman persendiri­an mahupun komuniti bakal dilakukan pada setiap teres.

Ciri futuristik diketengah­kan pada rekaan bangunan berkenaan dengan elemen mesra panorama yang menyaksika­n penghuni di zon tertentu menikmati keindahan matahari terbit dan senja.

Malah Dubai turut mempunyai interpreta­si taman tergantung dengan gaya tersendiri menerusi pembinaan pencakar langit dipanggil The Tower.

Projek terbabit dilaksanak­an pemaju negara teluk berkenaan iaitu Emaar Properties yang dijangka menjadi bangunan paling ikonik di negara itu, secara tidak langsung melengkapk­an bandar masa depan dikenali City’s 2020 World Expo.

Direka arkitek Switzerlan­d berbangsa Sepanyol iaitu Santiago Calatrava Valls, menara mewah menelan kos lebih RM4 bilion itu bakal menempatka­n butik hotel, restoran panorama dan bilik peribadi.

Ia juga dikatakan mampu menawarkan pemandanga­n 360 darjah dan menara tinjau yang turut menempatka­n taman tergantung untuk golongan kenamaan serta balkoni berputar.

Lebih membanggak­an, keseluruha­n reka bentuk mengambil tema bunga lili dan bentuk menara yang mempunyai sentuhan budaya serta seni bina Islam

 ??  ?? 1. TAMAN tergantung pada dek tinjauan.
2. BENTUK bunga lili menjadi konsep keseluruha­n menara.
3. SEPERTI gunung apabila pokok besar ditanam pada tiang struktur kompleks Mogashan.
4. IKONIK pada bandar masa depan.
5. DRAF mengenai reka bentuk...
1. TAMAN tergantung pada dek tinjauan. 2. BENTUK bunga lili menjadi konsep keseluruha­n menara. 3. SEPERTI gunung apabila pokok besar ditanam pada tiang struktur kompleks Mogashan. 4. IKONIK pada bandar masa depan. 5. DRAF mengenai reka bentuk...
 ??  ?? 8. PELAKSANAA­N projek menanam pokok dewasa pada struktur tiang.
8. PELAKSANAA­N projek menanam pokok dewasa pada struktur tiang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia