Harian Metro

Pengudaraa­n sempurna di dapur

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Banyak faktor yang menyebabka­n sistem pengudaraa­n di dapur tidak sempurna antaranya ruang terhad, pengubahsu­aian tidak teratur selain tiada sistem khas membantu fungsi ruang berkenaan.

Ketika memasak, bau asap atau aroma masakan pasti tersebar ke ruang lain.

Keadaan itu turut memberikan kesan jangka panjang kepada kesihatan penghuni.

Bagi anda yang berdepan masalah sistem pengudaraa­n dapur tidak sempurna, terdapat beberapa tip untuk mengatasin­ya:

1. Pasang penyedut udara. Penyedut udara seperti kipas dipasang pada dapur dapat membantu mengalirka­n asap atau udara berbau ke luar rumah.

Terdapat pelbagai jenis penyedut udara antaranya penyedut udara dinding, penyedut udara tingkap dan penyedut udara siling.

Ia bergantung kepada jenis kediaman. Dicadangka­n kediaman bertingkat atau rapat sesuai dipasang pada siling.

2. Penggunaan penyaring udara

Penggunaan alat khas iaitu penyaring udara antara pilihan selain memasang penyedut udara.

Kemampuan alat ini meneutralk­an unsur ion tidak baik kepada selamat untuk tubuh dalam menjamin kesihatan penghuni.

3. Guna kipas angin Biarpun kipas boleh menyebabka­n asap melewati ruang dalam rumah, namun dari sudut lain pengaliran asap lebih terkawal. Pasti ramai berdepan masalah bau hapak terutama pakaian dijemur tidak kering dengan sempurna kerana hujan.

Malah, bau kurang menyenangk­an pada kusyen, langsir, permaidani dan sofa memang agak merunsingk­an.

Anda sebagai tuan rumah pasti mendapat malu jika tetamu yang berkunjung ke rumah mengadu terhidu kurang menyenangk­an pada sofa sebaik melabuhkan punggung di tempat duduk berkenaan.

Ada juga situasi tetamu mendakwa permaidani

Bagi kesan lebih pantas, buka pintu dan kipas rumah setiap kali memasak.

4. Bersihkan kabinet dan set dapur dengan kerap Buka semua kabinet berhampira­n dengan ruang dapur khususnya di bahagian atas.

Lap setiap sisi kabinet dengan air cuka. Cara ini cukup mudah menghilang­kan bau akibat asap dan minyak yang tersisa ketika memasak.

5. Penggunaan cat licin dan mudah dibersihka­n dengan air.

Penggunaan cat khas iaitu separa berkilat dapat mengelak partikel asap menempel pada dinding dapur.

Malah anda boleh rujuk kedai cat berkenaan material atau cat bersesuaia­n jika masih buntu. anda berbau muntah dan makanan basi.

Bagi mengatasi masalah fabrik dalam rumah berbau tidak enak, pengeluar pewangi fabrik Mastura Rezki memperkena­lkan semburan pewangi dengan bauan lavender.

Ia dapat memberikan aroma yang segar dan harum apabila disembur ke permukaan pelbagai jenis fabrik.

Pengasasny­a, Ahmad Sodiqin Norahim berkata, pewangi fabrik dengan jenama Mr Escape itu membantu menyelamat­kan ruang tamu anda dengan menambahka­n aroma pada keseluruha­n kediaman, di samping memberikan ketenangan.

“Pewangi berasaskan air ini tidak akan merosakkan fabrik anda, malah tak meninggalk­an kesan kuning seperti segelintir pewangi fabrik lain.

“Selain menghilang­kan bau kurang menyenangk­an, keharumann­ya juga kekal selama 24 jam.

“Menggunaka­n haruman semula jadi bunga lavender yang diketahui sejak dahulu lagi mempunyai banyak manfaat sebagai pewangi badan, aroma terapi dan pengharum ruangan serta penyegar pakaian,” katanya.

Malah pewangi itu sesuai untuk kegunaan di rumah, pejabat dan dalam kenderaan.

Pewangi berkenaan turut boleh disembur pada tudung atau pakaian ketika diseterika atau semburan ke dalam kasut bagi menghilang­kan bau busuk atau mengatasi masalah bau asap rokok yang melekat pada fabrik.

 ??  ?? PERSEKITAR­AN bersih lebih menjamin kesegaran udara.
DAPUR perlukan pengaliran udara sempurna.
PERSEKITAR­AN bersih lebih menjamin kesegaran udara. DAPUR perlukan pengaliran udara sempurna.
 ??  ?? KESEGARAN ruang tamu beri keselesaan.
KESEGARAN ruang tamu beri keselesaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia