Harian Metro

Bukan hanya sedap dipandang

-

Kediaman bersih dan kemas bersangkut

paut dengan nilai dalam diri penghuni

Salam deko kepada semua pembaca setia ruangan ini. Banyak tip sudah saya kongsikan sepanjang mengelolak­an ruangan Inspirasi Deko ini dengan harapan ia bermanfaat untuk semua dalam menatahias kediaman masing-masing. Pelbagai topik sudah saya kupas setakat ini dan tentunya boleh dijadikan panduan berguna kepada anda untuk menghasilk­an sendiri sentuhan dekorasi.

Jika dirumuskan secara keseluruha­nnya, tidak semestinya kediaman kita perlu tampil gah dan hebat dengan barangan perhiasan ribuan ringgit. Tapi jika itu pilihan anda dan berkemampu­an, ia bonus dalam menatahias kediaman mengikut konsep yang diimpikan. Namun jika sebaliknya, memadailah sekadar memastikan kediaman sentiasa tampil bersih, kemas dan susun aturnya ringkas serta rapi. Kediaman yang bersih dan kemas dianggap sebagai terbaik tanpa mengira apa jua jenis kediaman anda miliki.

Tahukah anda kediaman yang rapi dan bersih mencermink­an keperibadi­an pemiliknya? Kediaman yang rapi dan bersih juga melahirkan generasi yang lebih peka terhadap persekitar­an. Bagi memupuk sikap bertanggun­gjawab, amanah, pembersih dan positif semuanya bermula dari rumah.

Memastikan kediaman sentiasa rapi, bersih dan kemas bukan semata-mata bertujuan memperliha­tkan sentuhan dekorasi yang menarik. Sebaliknya ia juga bersangkut paut dengan nilai yang ada dalam diri penghuni sesebuah kediaman. Jadi pastikan kediaman anda sentiasa rapi, bersih dan menarik walaupun dalam apa keadaan sekali pun. Semoga kita bersua lagi. Selamat menghias!

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia