Harian Metro

Ubah stigma

- Shuhada Mansor gen.y@hmetro.com.my

Festival Kampung Kota rapatkan anak muda Bandung,

masyarakat

Jika kebiasaann­ya pengamal muzik indie akan dipandang serong apa lagi genre yang dibawa agak ‘keras’, namun kumpulan anak muda di Bandung, Indonesia ingin mengubah stigma ini.

Penganjura­n Festival Kampung

Kota yang sudah masuk tahun keenam memperliha­tkan jurang antara anak muda dan masyarakat boleh dirapatkan dengan sikap terbuka kedua-dua pihak.

Bertempat di Dago Elos, Bandung, kampung kecil yang padat dengan ratusan keluarga ini meriah apabila didatangi pengunjung dan komuniti anak muda sepanjang festival berlangsun­g.

SEBULAN PENUH PENGISIAN

Bermula 8 hingga 24 Disember lalu, festival ini disusun pengisian yang bukan saja untuk anak muda, tetapi memanfaatk­an masyarakat sekeliling khususnya orang kampung.

Antara agenda dianjurkan sepanjang bulan termasuk pameran foto, gerai buku terpakai, majalah dan cakera padat yang secara tidak langsung menghidupk­an senario muzik indie Indonesia.

Tontonan filem dan dokumentar­i berkaitan tema festival turut diselitkan, malah ia terbuka kepada ibu bapa dan kanak-kanak di situ yang ingin menonton.

Beberapa topik perbincang­an serius membabitka­n panel terkenal seperti Bambang Tidi, Rio Apinino dan Budi

Yoga Soebandi menjadi antara tarikan utama acara. Topik ‘Membangun Media Alternatif bagi Pembanguna­n Sosial’ antara yang hangat dibincangk­an lagi dengan pembanguna­n media sosial yang pesat ketika ini.

20 BAND PELBAGAI GENRE

Tiga hari terakhir dimeriahka­n dengan kehadiran 20 kumpulan muzik yang turut sama menyokong konsep festival ini.

Sama ada bergenre rakyat, psikedelik, rock mahupun ‘hardcore’, semua anak muda ini bersatu untuk membuktika­n bermain muzik bukanlah satu kesalahan jika dilakukan dengan betul.

Ideologi yang ingin disampaika­n dalam festival ini cukup mendalam apabila dengan penganjura­n ini juga, ia turut memberi manfaat kepada penduduk kampung untuk berniaga makanan dan minuman, menjadikan ia program yang ditunggu-tunggu setiap tahun.

Dengan tiket serendah RM3 sekali masuk, ia menarik lebih 2,000 pengunjung.

Komuniti kecil penganjur ini bukanlah satu nama besar, tetapi kesungguha­n untuk cuba mendekatka­n diri dengan masyarakat sekali gus membuatkan mereka memahami kemahuan anak muda itu patut dipuji.

 ??  ?? KANAK-KANAK turut teruja memeriahka­n festival.
KANAK-KANAK turut teruja memeriahka­n festival.
 ??  ?? PAMERAN foto yang dihasilkan oleh kumpulan jurugambar indie.
PAMERAN foto yang dihasilkan oleh kumpulan jurugambar indie.
 ??  ?? GERAI buku terpakai.
GERAI buku terpakai.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia