Harian Metro

WASPADA SIMPTOM KANSER

-

menyerahka­n sumbangan

RM5,300 kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCS M) yang melebihi sasaran awal daripada jumlah sebelum ini sebanyak RM5,000 saja.

Pengarah program merangkap Pensyarah Kanan UiTM Cawangan Melaka Mohamad Idham Md Razak berkata, seminar ini mendapat sokongan yang menggalakk­an dengan kehadiran 150 penuntut dari empat kelas berbeza iaitu MMC1111A, MMC1111B, MAD1174A dan MHM1113B.

“Penuntut UiTM yang rataratany­a golongan muda berminat untuk mengetahui kesan kanser limfoma dan leukemia yang disampaika­n oleh wakil NCS M.

“Peserta didedahkan dengan simptom, kaedah penjagaan diri dan aktiviti yang bersesuaia­n oleh pesakit kanser tahap empat, Dr S ujatha Menon.

“Beliau sentiasa optimis dan positif untuk berkongsi pengalaman peribadiny­a melawan penyakit kanser.

“S epanjang seminar berlangsun­g, pelbagai soalan diutarakan kepada Dr S ujatha mengenai isu berkaitan kanser payudara, ovari dan serviks,” katanya.

Agenda program ini diserikan dengan kehadiran Dr Rahmatul Mardziah Abdul Latip yang sudi berkongsi secara terperinci mengenai kanser dan memperbetu­lkan stigma serta salah faham orang ramai terhadap penyakit dan pesakit kanser.

“Peserta mula tahu mengenai simptom awal penyakit kanser dan banyak ilmu lain yang mereka peroleh untuk dikongsi bersama rakan dan ahli keluarga.

“S elepas seminar berakhir, peserta diberi peluang menjalani ujian saringan pemeriksaa­n kesihatan di Unit Kesihatan secara percuma.

“Menerusi pemeriksaa­n itu, dua penuntut disarankan untuk menjalani pemeriksaa­n lanjut di Hospital Besar Melaka.

“S aya berharap program berbentuk ilmiah ini mewujudkan kesedaran sivik dalam kalangan penuntut muda terhadap pentingnya penjagaan kesihatan diri.

“S ekali gus membuktika­n keupayaan universiti, warga kerja

Seminar Penjagaan Kesihatan Diri perbetulka­n salah faham

dan penuntut untuk bekerjasam­a dengan organisasi luar,” katanya.

Peserta, Fatin Natasha Japre, 18, berkata, seminar penjagaan diri ini perlu dianjurkan selalu supaya golongan muda lebih peka akan simptom awal dan bahayanya kanser.

“Dari sini, barulah saya tahu kanser bukan saja boleh menyerang orang dewasa malah remaja juga.

“Oleh itu, saya lebih berhatihat­i dengan simptom awal yang diberitahu dan akan segera mendapatka­n rawatan lanjut jika terjadi kepada diri saya.

“Malah saya perlu berkongsi ilmu dengan rakan yang lain dan ahli keluarga supaya mereka juga mendapat pengetahua­n berguna ini,” katanya.

S eminar ini dirasmikan Penasihat Program Profesor Madya Dr Geraldine John Philip De Mello dan disokong oleh Rektor UiTM Cawangan Melaka Datuk Profesor Madya S abariah Mahat.

S elain itu, program ini mendapat tajaan penuh Yayasan Pembanguna­n Iktisad Islam Malaysia dan Yasmin Engineerin­g (M) S dn Bhd.

 ??  ?? BERGAMBAR kenangan selepas seminar berakhir.
BERGAMBAR kenangan selepas seminar berakhir.
 ??  ?? SESI penyampaia­n saguhati kepada wakil NCSM.
SESI penyampaia­n saguhati kepada wakil NCSM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia