Harian Metro

Cetusan obsesi semasa

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Innai Red yang sering tampil dengan rekaan mewah dan eksklusif baru-baru ini bekerjasam­a dengan jenama minyak wangi Annick Goutal lantas memperliha­tkan kombinasi unggul dalam arena fesyen tempatan dan wangian antarabang­sa.

Kolaborasi Innai Red menampilka­n koleksi Fleurs des Nuits atau Flowers of the Night dengan gaun malam yang mempesonak­an bersama Annick Goutal yang turut hadir dengan dua koleksi wangian terbaru Tenue de Soiree dan Nuit et Confidence­s.

Koleksi terbaru Innai Red juga adalah cetusan obsesi semasa label itu mengenai makna seksi diilhamkan oleh aroma kedua-dua wangian berkenaan.

Didorong oleh falsafah reka bentuk yang dapat menampilka­n ciri kewanitaan kontempora­ri, koleksi ini mempersemb­ahkan rekaan memukau dengan 12 rekaan gaun petang yang formal dan feminin.

Koleksi ultra-feminin ini direka untuk menyerlahk­an sisi seksi wanita dengan memberi tumpuan kepada bahagian pinggang agar bentuk badan wanita dapat ditonjolka­n secara anggun dan seimbang.

Gabungan unsur yang berbeza ditampilka­n indah dengan permainan pintar rekaan dan fabrik selain cetusan hiasan teliti turut menyuntik keanggunan rekaan.

Ketelitian dalam membina struktur gaun dan kelembutan dihasilkan melalui penggunaan organza dengan baldu mewah, tulle lembut dan sutera dengan fabrik bermanik.

Rona menawan seperti ungu, merah wain, biru malam dan emas mendominas­i koleksi ini, mengukuhka­n penampilan setiap helaian yang secara tidak langsung menyerlahk­an kekuatan wanita yang memakainya.

Koleksi ini pastinya lebih sempurna dengan sentuhan sensasi wangian Annick Goutal de Soiree atau Nuit et Confidence­s untuk majlis petang yang akan diingati.

 ??  ?? ANGGUN menawan dengan gaun malam yang serlahkan ciri feminin wanita.
ANGGUN menawan dengan gaun malam yang serlahkan ciri feminin wanita.
 ??  ?? GAUN malam yang Innai Red mempesona bersama koleksi wangian terbaru Tenue de Soiree dan Nuit et Confidence­s.
GAUN malam yang Innai Red mempesona bersama koleksi wangian terbaru Tenue de Soiree dan Nuit et Confidence­s.
 ??  ?? GANDINGAN warna merah dan emas memukau pandangan.
GANDINGAN warna merah dan emas memukau pandangan.
 ??  ?? REKAAN ultra-feminin tampilkan keanggunan wanita.
REKAAN ultra-feminin tampilkan keanggunan wanita.
 ??  ?? GAUN emas untuk si jelita yang berani.
GAUN emas untuk si jelita yang berani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia