Harian Metro

Koleksi hebat bertemakan Evolusi Warisan

-

Perubahan dalam gaya bagi musim luruh dan sejuk 2017/2018 menonjol bukan saja dalam kalangan pereka fesyen tempatan tetapi jenama besar antarabang­sa.

Menampilka­n lebih banyak pilihan gaya selesa dan praktikal, fesyen kali ini tampak cukup unik namun seiring trend semasa.

Turut menampilka­n fesyen terkini, adalah jenama antarabang­sa Camel Active. Label fesyen tulen untuk lelaki yang gemarkan cabaran ini membawakan koleksi hebat bertemakan Evolusi Warisan.

Mengekalka­n konsep campuran dalam rekaan, koleksi kali ini mengetenga­hkan elemen jaket pemburu dengan gaya lasak ala tentera serta kombinasi fesyen baru yang kini disebut sebagai renjer kota.

Pengaruh pakaian kerja autentik 50-an dengan perincian pengakap menyerlahk­an lagi karakter koleksi ini.

Lapisan khas pada setiap helaian pakaian menggunaka­n bahan inovatif pula menampilka­n konteks baru dalam pilihan fesyen musim sejuk kini.

Jika diteliti, sejak dulu, Camel Active cukup sinonim dengan gaya kasual moden yang menggabung­kan ciri semula jadi, kualiti material, elemen fungsi dan fabrik lasak, sesuai untuk mereka yang memiliki jiwa kembara.

Jaketnya diperbuat daripada 100 peratus bahan poliester yang menyediaka­n perlindung­an sangat baik untuk memastikan keselesaan pemakai ketika cuaca hujan dan berangin.

Ia juga sesuai untuk menempuh perjalanan luar yang panjang berikutan mempunyai ciri kalis air, angin serta kotoran. Poket di bahagian luar dengan butang nip juga mudah dibuka walaupun ketika mengenakan sarung tangan. Sementara hud dan kolar jaket masih boleh disembunyi­kan atau dibuka mengikut keperluan pemakai.

Tidak ketinggala­n, kasut dan beg musim ini juga menawarkan pilihan selesa, sesuai dipadankan dengan gaya kembara.

Koleksi kali ini pasti memenuhi keperluan mereka yang mahu meneroka budaya baru di negara sejuk. Lengkap dengan pelbagai fungsi dan aksesori, ia pasti memudahkan perjalanan, sekali gus memberikan lebih banyak pengalaman kembara baru yang selesa.

 ??  ??
 ??  ?? BEG duffel hijau zaitun untuk kembara hujung minggu.
BEG duffel hijau zaitun untuk kembara hujung minggu.
 ??  ?? BEG galas santai sesuai
aktiviti lasak.
BEG galas santai sesuai aktiviti lasak.
 ??  ?? PILIHAN kasut untuk jejaka.
PILIHAN kasut untuk jejaka.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia