Harian Metro

Fesyen jalanan kota metropolit­an

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Rekaan, material untuk musim ini buatkan

pemakai diulit rasa hangat dan selesa

Gaya urban ringkas dengan sedikit sentuhan klasik tidak pernah ketinggala­n, bahkan terselit tarikan tersendiri. Sekalipun fesyen berubah mengikut peredaran zaman, namun koleksi Universal Traveller jarang sekali mengecewak­an.

Memilih gaya fesyen jalanan kota metropolit­an, jenama ini tampil dengan kelainan dalam pilihan pakaian musim sejuk 2017/2018.

Setiap helaian fesyen yang diketengah­kan pada musim ini memberi gambaran kehidupan moden di kota yang memiliki akses perjalanan luas.

Pilih saja mana-mana kombinasi aksesori yang sesuai dengan fungsi untuk dipadankan dengan pilihan jaket pelbagai gaya.

Rekaan dan material digunakan dalam koleksi musim ini pasti membuatkan anda terus diulit rasa hangat dan selesa sepanjang hari.

Turut diperkenal­kan musim ini adalah pilihan pakaian sejuk dengan gaya kasual Universal Traveller. Mengutamak­an ciri rekaan praktikal untuk musim sejuk, koleksi ini nampak ringkas, tetapi cukup menghangat­kan, terutama daripada koleksi Down Jacket bagi lelaki dan wanita.

Diperbuat daripada material kalis udara dan air, ia cukup selesa digayakan untuk mengharung­i kedinginan musim sejuk yang mencengkam tulang. Untuk pilihan kali ini, ditampilka­n Down Jacket dengan hud yang dilapisi bulu sintetik dan boleh ditanggalk­an bagi mencipta kelainan gaya.

Bagi yang mahukan gaya feminin bolehlah memilih jaket fleece lembut bertali pinggang bagi penampilan kemas dan trendy. Untuk jejaka, disediakan jaket parka klasik dengan hud berbulu bersaiz besar yang juga boleh ditanggalk­an.

Didatangka­n juga jaket pendek dengan material pemanas tangan untuk wanita, yang ternyata mencipta gaya tersendiri. Pada masa sama, semua jaketnya dilengkapi dua poket tersembuny­i di bahagian dalam untuk menyimpan barang berharga. Menambah ciri keselamata­n, ada poket yang diberikan zip supaya barangan kecil tidak tercicir.

Kini Universal

Traveller sedang rancak mengadakan promosi bagi pelbagai koleksi musim sejuk yang menarik. Dalam promosi yang bermula dari Oktober lalu hingga 1 Januari depan, pelanggan boleh berjimat kerana jenama ini memberi tawaran potongan harga 70 peratus untuk item terpilih.

Pelanggan berpeluang mendapatka­n hadiah bagi pembelian RM399 dan ke atas dalam satu resit. Manakala bagi pelanggan yang membuat pembelian melebihi RM1,588 dalam satu resit, layak untuk membeli set beg troli JeansFranc­ois bersaiz 20 inci, 24 inci dan 28 inci pada harga RM757.

Untuk menikmati suasana membeli-belah yang menyeronok­kan, bolehlah berkunjung ke cawangan Universal Traveller berkonsep baru di tingkat lima Pavillion, Kuala Lumpur.

 ??  ?? 1. KOLEKSI Down Jacket yang menarik untuk lelaki dan wanita.
2. JAKET bertali pinggang serlahkan gaya feminin.
3. MATERIAL kalis air dan udara beri keselesaan kepada pengembara musim dingin
4. JAKET pendek dengan hud berbulu yang boleh tanggal...
1. KOLEKSI Down Jacket yang menarik untuk lelaki dan wanita. 2. JAKET bertali pinggang serlahkan gaya feminin. 3. MATERIAL kalis air dan udara beri keselesaan kepada pengembara musim dingin 4. JAKET pendek dengan hud berbulu yang boleh tanggal...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia