Harian Metro

Tawaran istimewa barang kemas

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Jualan cuci gudang HABIB berlangsun­g empat hari bermula semalam (29 Disember) menawarkan potongan harga sehingga 70 peratus dan pelbagai hadiah misteri bernilai hampir RM1 juta.

Selari dengan slogan HABIB, ‘The Gift Of Happiness’, ia adalah jualan terbesar sepanjang tahun yang membolehka­n pelanggan mendapatka­n barangan kemas idaman dengan pelbagai tawaran harga menarik.

Menariknya tahun ini, Jualan Cuci Gudang HABIB menawarkan potongan sehingga 70 peratus ditambah 10 peratus untuk semua barangan kemas berlian dan batu permata (tidak termasuk Hearts On Fire dan barangan kemas nilai hebat) selain potongan RM10 sehingga RM25 satu gram untuk barangan kemas emas 916 serta diskaun sehingga RM30 untuk barangan kemas emas 999.

Penolong Pengurus Perhubunga­n Awam dan Komunikasi HABIB Ema Sutrisno berkata, atas kejayaan kempen sebelum ini yang mendapat sambutan menggalakk­an membuatkan pihaknya ingin terus membuka ruang kepada pelanggan membeli barang kemas sambil berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik sepanjang kempen.

“Pelanggan yang berbelanja RM2,000 ke atas dalam satu resit boleh menebus hadiah sertamerta dan berpeluang memenangi hadiah bernilai RM1 juta.

“Jualan Cuci Gudang HABIB kali ini diadakan bagi memberi penghargaa­n kepada pelanggan secara besar-besaran di seluruh Malaysia memandangk­an HABIB adalah syarikat barang kemas tempatan yang sering tampil dengan keunikan dalam melakukan sesuatu,” katanya.

Menurutnya, kempen itu juga peluang keemasan kepada pelanggan yang ingin membeli barang kemas untuk perhiasan diri atau pelaburan disebabkan harga pasaran emas dijangka semakin meningkat pada masa akan datang.

Sepanjang empat hari ini, HABIB menawarkan dua jenis loket emas 916 edisi terhad yang bermotifka­n bunga-bungaan dan berlian pada harga serendah RM98 setiap satu khas untuk

100 pelanggan terawal di cawangan Ampang Point dan 50 pelanggan terawal di bilik pameran lain.

Jualan ini berlangsun­g pada 29 Disember ini sehingga 1 Januari depan di 14 bilik pameran HABIB di seluruh Malaysia iaitu di Ampang Point (Selangor), pusat beli-belah Alamanda (Putrajaya), Aman Central (Alor Setar), Central Square (Sungai Petani), Gurney Plaza (Pulau Pinang), Mydin Meru Raya (Ipoh), KB Mall (Kota Bharu), Mydin Kuala Terengganu (Terengganu) dan East Coast Mall (Kuantan).

Turut diadakan di cawangan HABIB Mydin Seremban 2 di Negeri Sembilan, Mydin MITC Melaka, Angsana JB Mall (Johor), Suria Sabah ( Sabah) dan The Spring di Kuching, Sarawak.

 ??  ?? CANTIK dan mewah.
TERKINI dan unik.
CANTIK dan mewah. TERKINI dan unik.
 ??  ?? ANTARA barangan kemas yang dijual di Jualan Cuci Gudang HABIB.
ANTARA barangan kemas yang dijual di Jualan Cuci Gudang HABIB.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia