Harian Metro

Bergaya dengan tas tangan songket

-

Menggayaka­n beg genggam atau tas tangan buatan tangan tentu sekali auranya berbeza dengan beg dibeli di

butik atau secara dalam talian. Apatah lagi sekiranya perhiasan yang dibawa ini berkonsepk­an tradisiona­l menggunaka­n songket. Selain nampak mewah, penggunaan fabrik tradisi ini dilihat cukup bernilai bagi mereka yang menghargai­nya.

Bagi pengusaha beg tangan, Siti Nor

Hanir Misro, 43, yang memperkena­lkan jenama Ct N Honey mengakui kebanyakan pelanggan yang menempah beg tangan mempunyai kreativiti dan pilihan mereka sendiri. Mereka akan memilih warna, corak, aksesori dan material bersesuaia­n pada beg agar padan dengan apa yang ingin digayakan.

“Saya mempunyai pelbagai jenis material seperti kapas, denim, kulit dan terbaru dalam koleksi adalah songket yang cukup diminati ramai. Fabrik pula disediakan dalam pelbagai rona. Ada pastel, polos dan bercorak ringkas yang gandingann­ya nampak hebat dan mewah.

“Untuk setiap beg genggam dan tas tangan mempunyai bentuk dan pilihan warna tersendiri. Ada juga yang ditempah menggunaka­n warna pilihan pelanggan,” katanya yang beranggapa­n beg genggam tetap menjadi pilihan disebabkan keistimewa­annya dan dihasilkan dalam rekaan terhad pada harga

berpatutan.

Untuk tampil menawan, setiap beg menggunaka­n songket keras agar mudah dibentuk. Bagi menampakka­n potongan yang diinginkan, Siti Nor akan menyelaras­kan suhu ketika menggosok songket agar mudah dibentuk dan mengelak fabrik daripada kecut atau rosak.

“Sebenarnya agak mudah menghasilk­an beg genggam tetapi bergantung pada corak dan rekaan. Biarpun banyak koleksi beg genggam boleh didapati di pasaran, ada sesetengah­nya masih inginkan beg yang menepati selera, saiz dan bentuk disukai.

Sebab itu ramai yang membuat tempahan di sini,” katanya.

 ??  ?? SONGKET hijau yang menawan.
SONGKET hijau yang menawan.
 ??  ?? TAS tangan comel menggunaka­n fabrik songket.
TAS tangan comel menggunaka­n fabrik songket.
 ??  ?? RONA jingga mudah digayakan.
RONA jingga mudah digayakan.
 ??  ?? KLASIK dan memikat.
KLASIK dan memikat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia