Harian Metro

Padanan tampak elegan

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

)laus dan Jelana atau Ilaus denNan skirt laIuh sasar

wanita Ierusia antara hinNNa tahun

Fesyen berubah mengikut peredaran semasa. Rekaan, potongan termasuk fabrik digunakan sentiasa bertukar dari semasa ke semasa. Lantaran itu menjelang tahun baru, gaya terkini pastinya sentiasa menjadi perhatian semua. Wanita terutamany­a, sentiasa mencari padanan yang bukan saja sopan dibawa ke tempat kerja tetapi boleh dipakai untuk padanan harian.

Menggabung­kan ciri tradisi potongan kurung disesuaika­n dengan gaya moden menjadi inspirasi bagi Maya Apparel dalam mengetenga­hkan rekaan terkininya kali ini. Mengekalka­n gaya elegan, padanan blaus dan celana atau blaus dengan skirt labuh diperkenal­kan memberikan tumpuan kepada wanita muda dalam lingkungan 20 sehingga 40 tahun.

Golongan ini dikatakan gemar berfesyen dan tahu apa yang mereka inginkan. Untuk itu semua padanan memperliha­tkan gaya lebih matang dengan warna berani selain pastel yang sesuai untuk semua acara.

Menurut pemilik

Maya Apparel Maya Che Ross, gandingan rekaan kali ini lebih sofistikat­ed untuk wanita berkerjaya kerana mereka tentunya mahukan potongan selesa, memudahkan pergerakan dan paling utama tampil moden namun sopan.

“Rekaan kali ini lebih menarik dengan gabungan fabrik kapas citra nada pastel dan lembut manakala material skirt adalah satin pusam. Celana pula dibawakan khas dari Indonesia menggunaka­n batik kapas bercorak dan terang warnanya.

“Padanan ini diberi suntikan lebih berani dengan ikatan tali pinggang dan reben besar agar penampilan lebih meyakinkan. Tambahan pula fabrik yang dipilih sesuai dengan cuaca dingin di pejabat atau keluar bersiar-siar dalam cuaca panas lembap seperti di negara kita,” katanya.

Jenama ini yang saban bulan menggabung­kan idea segar daripada pereka muda kini semakin mencuri tumpuan apabila buat julung kalinya diberi kepercayaa­n Koperasi Kakitangan Petronas Berhad (KOPETRO) untuk mengembang­kan sayap perniagaan­nya. Melalui usaha sama ini, Maya Apparel akan menggandak­an jumlah rekaan supaya lebih banyak busana anggun dapat ditawarkan kepada wanita pelbagai generasi.

“Mereka yang berminat tidak perlu risau dengan saiz atau kehabisan stok kerana kami menyediaka­n khidmat jahitan dalam tempoh yang singkat. Ia seperti butik pandu lalu iaitu pelanggan boleh menempah pada sebelah pagi dan datang semula di sebelah petang untuk mengambil pakaian yang siap,” ujarnya.

Menurut Maya, buat masa sekarang pihaknya menggunaka­n Facebook untuk pembelian. Pelanggan juga berpeluang mendapatka­n koleksi ini di Kopetro Retail, Megan Avenue II, Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.

 ??  ?? BLAUS moden dipadankan celana batik kapas sesuai
digayakan untuk acara
santai.
SESEKALI berubah gaya
dengan skirt kembang biru dipadankan blaus warna
senada. SOPAN blaus corak abstrak digayakan
dengan skirt kembang payung.
SKIRT dipadankan blaus...
BLAUS moden dipadankan celana batik kapas sesuai digayakan untuk acara santai. SESEKALI berubah gaya dengan skirt kembang biru dipadankan blaus warna senada. SOPAN blaus corak abstrak digayakan dengan skirt kembang payung. SKIRT dipadankan blaus...
 ??  ?? ANGGUN skirt kembang hitam digayakan wanita
tinggi lampai.
ANGGUN skirt kembang hitam digayakan wanita tinggi lampai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia