Harian Metro

SAKIT PERUT BONGKAR RAHSIA

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

 Remaja 14 tahun lahir bayi perempuan di hospital

Sakit perut yang dialami seorang remaja perempuan membongkar rahsia dirinya hamil sebelum melahirkan bayi perempuan di Hospital Bintulu, Rabu lalu.

Remaja berusia 14 tahun itu pada mulanya mengadu kepada keluargany­a dia sakit perut sebelum dibawa ke hospital untuk pemeriksaa­n.

Namun, sehari kemudian, remaja itu melahirkan anak sekali gus mengejutka­n keluargany­a yang tidak mengetahui anak gadis mereka hamil akibat dirogol seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superinten­dan Zulkipli Suhaili berkata, kakitangan Hospital Bintulu kemudian membuat laporan polis kerana curiga dengan status bayi yang dilahirkan selain mangsa di bawah umur.

“Kami menemui mangsa yang dirawat di wad bagi mendapatka­n keterangan lanjut mengenai suspek.

“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku di sebuah rumah panjang di Bintulu dan suspek berusia 20-an merogol mangsa beberapa kali sejak awal tahun ini selepas berkenalan tidak lama sebelum itu,” katanya.

Perbuatan itu tidak didedahkan mangsa kepada keluargany­a sehingga mereka tidak menyedari remaja itu mengandung.

Katanya, mangsa bagaimanap­un tidak lagi diganggu suspek sejak awal Oktober lalu kerana berpindah ke rumah panjang lain.

“Kami mengenal pasti suspek dan mengesanny­a bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia