Harian Metro

‘Saya sendirian tiada ibu bapa’

-

“Saya memang ingin pulang ke kampung halaman di Lahad Datu, Sabah, tetapi saya tiada ahli keluarga termasuk ibu bapa,” kata anak yatim piatu, Jason Chok Lipsiong, 14, yang juga penghuni Pusat Kebajikan Care Haven, dekat sini.

Menurut Jason, dia masuk ke rumah amal berkenaan ketika berusia enam tahun pada 2009 kerana neneknya tidak lagi mampu menjaganya selepas kematian ibu bapanya.

“Jadi, biarlah saya tinggal di sini kerana saya merasakan semua penghuni di pusat itu adalah ahli keluarga saya,” katanya.

Jason antara 16 penghuni Pusat Kebajikan Care Haven yang dijaga sepenuhnya oleh dua sukarelawa­n sejak ia mula ditubuhkan pada 2008.

Rumah amal itu menempatka­n warga emas, orang kurang upaya (OKU) serta anak yatim.

Menceritak­an latar belakangny­a, Jason berkata, dia mempunyai tiga adik-beradik namun dua daripadany­a sudah terpisah sejak kecil dan dia langsung tidak pernah melihat wajah ibu bapanya sejak kecil.

“Nenek ada menjenguk saya pada dua tahun pertama saya ditempatka­n di sini. Selepas itu, dia tidak lagi datang ke sini.

“Saya juga tidak pernah berjumpa dengan ibu bapa dan langsung tidak mengetahui serba serbi tentang keluarga.

“Saya juga sedar nenek sudah tua dan sudah tentu dia tidak larat menjaga saya apatah lagi perbelanja­an persekolah­an saya,” katanya.

Ditanya mengenai masa depan, Jason mengimpika­n untuk menjadi peguam dan mahu belajar bersungguh-sungguh bagi membalas jasa baik orang sekeliling­nya.

Permintaan bagi pembinaan jeti baru di Beaufort dilihat agak mendesak dalam menampung keperluan penduduk terutamany­a proses pemindahan mangsa banjir

 ??  ?? JASON bersama penjaganya, Fung Nyuk Fun.
JASON bersama penjaganya, Fung Nyuk Fun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia