Harian Metro

PERLU JETI BARU

- Razik Zayad hmkk@hmetro.com.my

oleh pasukan keselamata­n.

Pegawai Daerah Beaufort Mohd Shaid Othman berkata, ini memandangk­an jeti sedia ada hanya terdapat di pekan Weston dan terletak kira-kira 36 kilometer dari Beaufort, sekali gus tidak dapat menampung penduduk yang terjejas akibat banjir.

Beliau berkata, sekiranya banjir berlaku membabitka­n puluhan kampung di daerah berkenaan, sekurang-kurangnya 3,000 hingga 4,000 penduduk perlu dipindahka­n ke pusat pemindahan sementara (PPS) dengan menggunaka­n Sungai Padas atau Sungai Weston.

“Keperluan membina jeti di Beaufort agak mendesak memandangk­an kita hanya menggunaka­n jeti di Weston saja jika berlaku proses pemindahan penduduk yang terjejas akibat banjir.

“Saya harap pihak berkaitan dapat meluluskan pembinaan jeti baru di kawasan strategik di Beaufort,” katanya selepas meninjau lokasi banjir bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di jeti awam pekan Weston di sini, kelmarin.

Hadir sama Pengarah APM Sabah Kolonel PA Kamal Mokhtar dan Pegawai APM Beaufort Mohd Mayroof Koibil.

Sementara itu, Kamal berkata, pihaknya akan mempertimb­angkan penambahan kekuatan anggota dan aset di Beaufort memandangk­an kekerapan berlakunya banjir di beberapa kawasan di daerah berkenaan.

“Beaufort memang mempunyai rekod bencana banjir sejak dulu dan sehubungan itu kita akan mengambil kira pelbagai aspek terutamany­a penambahan aset serta anggota.

“Selain itu, kita juga akan memohon bangunan baru bagi kegunaan APM di Beaufort sebagai usaha menempatka­n setiap aset bagi meningkatk­an kualiti perkhidmat­an di masa depan,” katanya.

Untuk rekod, APM Beaufort setakat ini mempunyai 50 anggota dan enam bot bagi menampung keperluan mangsa banjir di daerah berkenaan.

Tampung keperluan terutama ketika pemindahan

mangsa banjir di Beaufort

 ??  ?? MOHD Shaid bersama Kamal ketika melakukan pemantauan di lokasi berisiko bencana alam.
MOHD Shaid bersama Kamal ketika melakukan pemantauan di lokasi berisiko bencana alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia