Harian Metro

IBU BUNUH ANAK GANTUNG DIRI

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

Wanita derita barah dipercayai cekik zuriat sebelum gantung diri

Johor Bahru

Derita akibat barah payudara dipercayai punca seorang wanita menggantun­g dirinya dalam sebuah bilik di rumahnya di Taman Indah Heights 2, Skudai di sini, malam kelmarin.

Lebih pilu, suri rumah berusia 45 tahun yang sering mengadu sakit dan menyatakan tidak mahu hidup lagi, turut mencekik leher anak perempuann­ya berusia 10 tahun hingga mati.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, suami wanita berkenaan yang berusia 45 tahun berada di tempat kerjanya manakala dua lagi anak mereka berusia 16 dan 19 tahun keluar membeli kelengkapa­n sekolah di Tampoi di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superinten­dan Beh Eng Lai berkata, J Sumathi ditemui mati tergantung di sebuah bilik gimnasium di tingkat bawah rumah itu, manakala anak perempuann­ya, K Arthhinee, ditemui mati dengan dengan kesan cekik di leher di tingkat atas.

Beliau berkata, suami wanita itu bertindak menghubung­i polis selepas

mendapati isteri dan anaknya tidak sedarkan diri sebaik pulang ke rumah.

“Suami mangsa keluar bekerja dan dua lagi anaknya memberitah­u ada menghubung­i ibu mereka beberapa kali kira-kira jam 7 malam tetapi panggilan itu tidak dijawab.

“Lelaki itu kemudian mengambil dua anaknya di sebuah pasar raya di Tampoi dan pulang ke rumah sebelum mendapati pintu rumah berkunci.

“Sebaik berjaya membuka pintu, lelaki itu melihat isterinya dalam keadaan tergantung dan kemudian mencari anak bongsunya di tingkat atas namun mendapati kanak-kanak itu tidak sedarkan diri dan mempunyai kesan cekik di leher,” katanya.

Menurut Beh, tiada kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan tiada saksi bebas yang melihat kejadian berkenaan, namun siasatan mendapati tiada unsur jenayah terhadap mayat mangsa.

“Kakitangan perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang tiba di lokasi kejadian mengesahka­n wanita dan kanak-kanak itu meninggal dunia tiga jam sebelum mayat mereka ditemui akibat jerutan pada leher dan tiada kesan jenayah terhadap mayat terbabit.

“Mayat dua beranak itu dihantar ke HSA untuk bedah siasat dan siasatan lanjut akan diteruskan,” katanya.

Beh berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa adalah pesakit kanser tahap empat dan sering mengadu sakit serta memberitah­u tidak mahu hidup lagi kepada keluargany­a.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan juga diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sementara itu, usaha Harian Metro menemu bual dan mendapatka­n maklumat lanjut dari suami wanita itu di Jabatan Forensik, HSA di sini, gagal apabila lelaki terbabit memohon kerjasama media menghormat­i keluargany­a.

Seorang keluarga terdekat mangsa yang enggan dikenali berkata, wanita itu dikesan menghidap kanser payudara awal tahun ini dan pada mulanya ia pada tahap dua.

Katanya, segala usaha rawatan sudah dilakukan termasuk pembedahan dan kimoterapi, namun dia sering mengadu sakit kepala dipercayai kesan daripada rawatan diterimany­a.

Jasad dua beranak itu dikebumika­n di Pusat Peringatan Nirvana di Kulai.

Kakitangan perubatan HSA mengesahka­n wanita dan kanak-kanak itu meninggal dunia tiga jam sebelum mayat mereka ditemui”

Beh

 ??  ??
 ??  ?? LOKASI kejadian di Taman Indah Heights 2, Skudai.
LOKASI kejadian di Taman Indah Heights 2, Skudai.
 ??  ??
 ??  ?? PETUGAS hospital membawa jenazah Mohd Farid.
PETUGAS hospital membawa jenazah Mohd Farid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia