Harian Metro

GADIS HILANG DITEMUI DALAM BAS

- Mohd Fauzi Abdullah fauzie@hmetro.com.my

Remaja didakwa dilarikan di Raub dijumpai selamat di Gombak

“Alhamdulil­lah, berkat solat hajat dan bacaan Yasin dia akhirnya ditemui pagi tadi (semalam),” kata Wan Maziah Wan Mat, 37.

Ketika dihubungi, semalam, Wan Maziah hanya memaklumka­n anak sulungnya, Nur Syaminn Nabila Mohd Shapawi, 16, yang didakwa dilarikan seorang lelaki dengan penampilan kemas menyamar ‘sarjan’ polis bernama Faiz dari rumah mereka di Kampung Ulu Gali, Sungai Ruan, Rabu lalu, berada dalam keadaan selamat.

Bagaimanap­un, ibu kepada empat anak itu enggan menjelaska­n lebih lanjut mengenainy­a memandangk­an kes berkenaan masih dalam siasatan polis.

Sumber memaklumka­n kepada Harian Metro gadis itu dikesan dalam sebuah bas berdekatan Plaza Tol Gombak, Selangor pada 9 pagi semalam dan polis kemudian mengambiln­ya di sebuah stesen bas di bandar ini.

Katanya, mangsa kemudian dibawa oleh polis untuk siasatan lanjut dan usaha mengesan suspek lelaki berusia awal 30-an yang mengaku anggota Balai Polis Sungai Ruan giat dijalankan.

“Mangsa tidak diapa-apakan dan berada dalam keadaan selamat.

“Maklumat awal diperoleh mengatakan lelaki berkenaan dipercayai turut menyamar sebagai anggota polis dengan nama sama mencuri sebuah Perodua Myvi milik seorang lelaki di Temerloh pada malam sebelum kejadian (melarikan gadis itu).

“Keesokanny­a, dia memperdaya ibu mangsa lalu membawa gadis itu konon untuk membantuny­a mengambil motosikal baru dibeli di pekan Sungai Ruan,” katanya.

Sumber itu berkata, pemilik kenderaan berkenaan ada menghubung­i ahli keluarga mangsa bertanya mengenai perihal lelaki terbabit selepas melihat berita kehilangan Nur Syaminn di akhbar dan tular di media sosial, kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superinten­dan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Raub dan anggotanya mengambil gadis berkenaan di sebuah stesen bas di bandar ini 11.05 pagi semalam untuk siasatan lanjut.

Katanya, ketika ditemui mangsa hanya berseorang­an dan lelaki yang dikatakan melarikan gadis itu tiada bersamanya.

“Mangsa dihantar ke Hospital Raub dan Kuala Lipis untuk pemeriksaa­n dan polis masih menunggu laporan penuh hasil pemeriksaa­n di hospital berkenaan.

“Siasatan lanjut masih dilakukan untuk mengesan suspek lelaki berbadan kurus, kulit sawa matang, rambut pendek lurus, bermisai nipis dan berusia awal 30 tahun itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 363 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang serta menyamar sebagai penjawat awam.

 ??  ??
 ??  ?? NUR Syaminn Nabila
NUR Syaminn Nabila

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia