Harian Metro

MAJLIS TAHLIL DIRI SENDIRI

Lelaki maut terjatuh daripada pokok kelapa setinggi 30 meter

- Rosli Ilham am@hmetro.com.my

“Saya sangat sedih kerana hasrat arwah mengadakan kenduri arwah ayahnya malam ini (semalam) bertukar menjadi majlis tahlil dirinya sendiri,” kata Suhazli Rashid, 30, selepas rakannya, Mohd Farid Firdaus, 30, maut terjatuh dari pokok kelapa di Kampung Rantau Abang di sini, semalam.

Menurutnya, rakannya itu ada memberitah­u mencari kelapa muda yang kecil untuk dijadikan bekas bagi majlis memotong jambul anaknya yang mahu diadakan bersama kenduri arwah ayahnya.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, Mohd Farid dikatakan memanjat pokok setinggi 30 meter menggunaka­n tali keselamata­n dipakai pada kakinya sebelum terjatuh.

Mangsa yang tinggal tidak jauh dari lokasi kejadian dikejarkan ke Hospital Dungun oleh penduduk kampung selepas dimaklumka­n mengenai kejadian itu.

Bagaimanap­un, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan ketika menerima rawatan kecemasan kira-kira 15 minit tiba di hospital.

Suhazli berkata, mangsa mengajakny­a ke kawasan itu untuk mencari kelapa muda untuk dijadikan tempat meletak rambut bagi majlis cukur jambul anaknya.

“Dia panjat pokok pertama tetapi tidak menemui kelapa kecil walaupun mempunyai banyak buah sebelum dia mengambil peluang memetik kita-kira 30 biji.

“Saya ada tanya kepada ar- wah mengapa turunkan buah kelapa itu dengan banyak dan dia beritahu buah itu sudah tua dan lebih baik diagihkan kepada penduduk kampung daripada membiarkan­nya luruh begitu saja,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, mangsa kemudianny­a memanjat pokok kedua dan sempat berpesan kepadanya agar berhati-hati kerana pokok itu sangat tinggi.

“Ketika saya berbual dengan seorang lagi rakan sambil mengutip buah kelapa yang dipetiknya, saya terdengar bunyi benda jatuh sebelum mendapati rakan sendiri terjatuh dari pokok dipercayai kerana tali keselamata­n tertanggal.

“Saya dan rakan terus berlari mendapatka­nnya dan ketika itu sempat beritahu dia sakit serta minta dibawa ke hospital,” katanya.

Menurutnya, dia kemudianny­a berlari meminta bantuan penduduk kampung sebelum beberapa orang datang mengejarka­nnya ke hospital dengan sebuah kereta.

Sementara itu, isteri mangsa yang masih berpantang selepas melahirkan anak kedua, Khairunnis­a Salem, 29, berkata, suaminya tidak beritahu untuk keluar dari rumah dan mahu mencari kelapa.

Menurutnya, suaminya sempat memandikan anak mereka, Mohd Faryyad, 2, dan Mohd Firdan, 29 hari sebelum menyedarin­ya tiada di rumah.

“Dia ada beritahu mahu basuh ayam dan buat persiapan lain sempena kenduri arwah ayah dan majlis cukur jambul anak di rumah kami malam ini,” katanya.

Menurutnya, ketika menyusukan bayinya tiba-tiba adik iparnya datang ke rumah meminta kad pengenalan suaminya itu tetapi tidak memaklumka­n mengenai kejadian itu.

“Setengah jam selepas itu, barulah saya diberitahu ahli keluarga suami saya meninggal dunia selepas terbabit dalam tragedi itu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? TALI keselamata­n yang dipakai Mohd Farid. KELAPA yang sempat dipetik arwah sebelum terjatuh. KHAIRUNNIS­A bersama anaknya.
TALI keselamata­n yang dipakai Mohd Farid. KELAPA yang sempat dipetik arwah sebelum terjatuh. KHAIRUNNIS­A bersama anaknya.
 ??  ?? RAKAN arwah menunjukka­n pokok yang dipanjat Mohd Farid.
RAKAN arwah menunjukka­n pokok yang dipanjat Mohd Farid.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? MOHD Farid
MOHD Farid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia