Harian Metro

‘Sarjan’ Faiz ada rekod jenayah

-

Raub: Lelaki menyamar ‘Sarjan’ Faiz yang melarikan Nur Syaminn Nabila Mohd Shapawi, 16, dari rumahnya di Kampung Ulu Gali, Sungai Ruan di sini, Rabu lalu didapati mempunyai rekod jenayah lampau.

Ketua Polis Daerah Raub Superinten­dan Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, hasil siasatan, pihaknya sudah mengenal pasti identiti lelaki menyamar anggota bertugas di Balai Polis Sungai Ruan itu dan usaha memburunya giat dijalankan.

“Selain menyamar anggota polis dia turut mempunyai rekod jenayah berhubung kes penipuan di Temerloh dan Johor.

“Berdasarka­n siasatan ke atas mangsa semalam (kelmarin), setakat ini polis mengklasif­ikasikan kes mengikut Seksyen 363 dan Seksyen 170, Kanun Keseksaan kerana melarikan orang serta menyamar sebagai penjawat awam,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata, polis percaya suspek berusia awal 30 tahun itu berada dalam negara dan tidak menolak kemungkina­n bersembuny­i ini.

Dalam pada itu, Wan Mohd Zahari meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau andaian berhubung kejadian kerana boleh menjejaska­n siasatan.

“Biar polis menjalanka­n siasatan dan tunggu hingga ia selesai,” katanya.

Sementara itu, ibu mangsa, Wan Maziah Wan Mat, 37, memaklumka­n Nur Syaminn kini berada di Hospital Kuala Lipis, Lipis dan hanya dibenarkan pulang selepas pemeriksaa­n selesai.

di

negeri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia