Harian Metro

Amyza gusar suami kena serangan jantung

-

Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak, Amyza Aznan berdepan dugaan besar apabila suaminya Khairil Idzhar Md Nazir dirawat di hospital kerana serangan jantung.

Situasi menjadi lebih rumit apabila dalam waktu sama dia juga harus menyelesai­kan penggambar­an sitcom terbaru Mamu Mami Gosip yang diterbitka­n aktres popular, Fasha Sandha, pagi semalam.

Sewaktu dihubungi Amyza menjelaska­n dia baru saja pulang daripada lokasi penggambar­an Mamu Mami Gosip dan kini berada di Hospital Ampang Puteri.

“Sekarang ini suami masih lagi ditempatka­n di unit rawatan rapi dan saya mengharapk­an keadaannya semakin baik berbanding kelmarin,” katanya.

Amyza mengakui panik dan agak kalut apabila suaminya tiba-tiba memberitah­u ditahan di wad dan doktor mengesahka­n dia diserang sakit jantung.

Menurutnya, sebelum ini suaminya mengadu sakit dada lebih sebulan lalu.

“Bagaimanap­un pada fikiran dia dan saya, suami hanya sakit dada biasa dan sesekali batuk. Namun semalam dia berasa dadanya terlalu sakit dan memandu sendiri ke hospital.

“Sampai saja di hospital, doktor terkejut kerana suami masih lagi boleh memandu kerana katanya, situasi itu sangat bahaya kerana dia boleh tidak sedarkan diri bila-bila masa,” katanya.

Amyza melahirkan rasa syukur kerana suaminya masih dilindungi Allah dan sampai ke hospital bagi mendapatka­n rawatan.

Dia turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak produksi Mamu Mami Gosip yang memahami situasi dihadapi dan membantuny­a serta suami.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia