Harian Metro

Kurangkan statistik nahas motosikal

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

K husus buat pemilik motosikal jenama Kawasaki, baru-baru ini diadakan Kursus Tunggangan Selamat dan Bertanggun­gjawab 2017 di Litar Go Kart Antarabang­sa Sepang.

Anjuran Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn

Bhd (KMSB) sebagai program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) mereka, ia pertama kali diadakan untuk memberi pendedahan berkaitan teknik tunggangan yang betul melalui kelas teori dan praktikal.

Mendapat kerjasama daripada Kawasaki

Heavy Industries Ltd dan K-TEC Corporatio­n dari Jepun membantu tenaga pengajar yang terlatih dan berpengala­man bersamasam­a dalam memberi tunjuk ajar kepada lebih 30 peserta yang hadir pada pagi itu.

Pengurus Besar dan Pengarah KMSB, Datuk Jeffrey Lim berkata, aktiviti ini dalam masa yang sama bertujuan untuk membantu mengurangk­an statistik kemalangan jalan raya di Malaysia dengan 63 peratus melibatkan penunggang motosikal.

“Kebanyakan­nya kes kemalangan berpunca daripada sikap manusia itu sendiri dan kursus ini juga membentuk keperibadi­an yang positif ketika mereka menunggang motosikal berkuasa tinggi di atas jalan raya,” katanya ditemui ketika perasmian kursus.

Antara aktiviti yang dilakukan oleh peserta seperti pemeriksaa­n asas ke atas motosikal, posisi menunggang yang betul, teknik mengangkat motosikal yang jatuh dan tahap kesihatan penunggang diambil kira.

Untuk latihan di atas litar, peserta diberi tunjuk ajak tentang teknik membrek yang sesuai menggunaka­n brek hadapan dan belakang melalui ujian slalom, crank serta pusingan-U pada pelbagai kelajuan.

Kursus ini yang juga hadir dengan konsep “RIDEOLOGY” membolehka­n ia menyediaka­n ruang latihan buat penunggang baru atau sedia ada merasai keseronokk­an menunggang jentera Kawasaki dalam keadaan selamat.

Aktiviti ini akan diadadakan setiap bulan dan diluaskan ke lainlain lokasi di Malaysia menjelang pertengaha­n tahun hadapan bagi membolehka­n lebih ramai pemilik menyertain­ya.

Peserta perlu mengenakan pakaian menunggang lengkap seperti jaket, topi keledar, sarung tangan dan kasut dengan motosikal sendiri bersama cukai jalan serta insurans yang sah.

Untuk maklumat lanjut berkaitan kursus ini anda boleh layari laman web: kawasaki.com.my atau facebook: Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd.

 ??  ?? PESERTA kursus
bersedia.
PESERTA kursus bersedia.
 ??  ?? KELAS praktikal.
KELAS praktikal.
 ??  ?? POSISI menunggang
yang betul ditunjukka­n.
POSISI menunggang yang betul ditunjukka­n.
 ??  ?? TEKNIK mengangkat
motosikal.
TEKNIK mengangkat motosikal.
 ??  ?? LIM (paling kiri) ketika perasmian
kursus.
LIM (paling kiri) ketika perasmian kursus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia