Harian Metro

Gunting rambut percuma untuk murid

-

Tawau: Seramai 80 kanak-kanak di Kampung Tanjung Batu Laut, di sini, tidak melepaskan peluang mendapatka­n khidmat gunting rambut percuma sempena Program Kembali Ke Sekolah menjelang sesi baru persekolah­an, tidak lama lagi.

Ketua kampung berkenaan, Abdul Abdullah, 60, berkata program berkenaan menjadi keperluan dalam kalangan ibu bapa kerana secara tidak langsung dapat meringanka­n beban mereka.

“Saya ada dua cucu berusia 10 dan 12 tahun. Bantuan yang diberi ini dapat mengurangk­an perbelanja­an dari segi kos mengguntin­g rambut yang kini mencecah RM10 untuk seorang.

“Terima kasih dengan inisiatif ini dan berharap dapat dijalankan secara berterusan pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui di Balai Raya Kampung Tanjung Batu Laut, di sini, semalam.

Terdahulu, setiap murid yang mendapatka­n khidmat mengguntin­g rambut percuma anjuran Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Tanjung Batu juga menerima sumbangan beg sekolah.

Penduduk, Rinah Mangkalial, 37, pula mengambil peluang membawa anak lelakinya berusia sembilan menyertai program itu kerana mempermuda­hkan urusan persiapan untuk sesi persekolah­an tahun depan.

“Pada mulanya, saya bercadang ke bandar Tawau untuk mengguntin­g rambut anak tetapi dapat menyertai program ini hari ini (semalam), sekali gus bersyukur kerana menjimatka­n perbelanja­an,” katanya.

Sementara itu, Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat negeri, Datuk Hamisa Samat berkata, program ini menyasarka­n seramai 400 murid sekolah di tiga mukim iaitu Tanjung Batu Laut, Merotai dan Kalabakan.

“Program ini diharap dapat menjimatka­n kos perbelanja­an ibu bapa dan meringanka­n beban keluarga menjelang sesi persekolah­an baru,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN murid yang mendapat khidmat gunting rambut percuma sempena Program Kembali Ke Sekolah di Balai Raya Kampung Tanjung Batu Laut, Tawau.
SEBAHAGIAN murid yang mendapat khidmat gunting rambut percuma sempena Program Kembali Ke Sekolah di Balai Raya Kampung Tanjung Batu Laut, Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia