Harian Metro

MATI KENA KARAN

- Muhammad Apendy Issahak apendy@hmetro.com.my

Gerik

Seekor gajah betina seberat kira-kira 2,000 kilogram ditemui mati terkena renjatan elektrik selepas mengamuk dan memusnahka­n sebuah kabin di Dataran Juang, Kem Sri Banding di sini, awal pagi semalam.

Kejadian dipercayai berlaku jam 4 pagi apabila haiwan liar itu merempuh pagar di Dataran Juang dan kabin kediaman pekerja kontraktor di kawasan berkenaan.

Timbalan Pengarah

Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)

Perak, Wan Shaharuddi­n Wan Noordin berkata, Pejabat PERHILITAN Gerik menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 7.30 pagi semalam.

Menurutnya, pihaknya kemudian ke lokasi kejadian dan mendapati terdapat satu bangkai gajah betina di kawasan berkenaan dan seterusnya mengambil langkah mengawal keadaan tempat itu serta menjalanka­n siasatan.

“Bangkai gajah betina yang mati ini berat anggaran adalah kira-kira dua tan dengan saiz tapak kakinya 35 sentimeter.

“Berdasarka­n siasatan yang dibuat gajah berkenaan dipercayai mengamuk dan memusnahka­n sebuah kabin milik kontraktor yang menjalanka­n kerja membaiki tanah runtuh di kawasan berhampira­n,” katanya ketika dihubungi semalam.

Wan Shaharuddi­n berkata, gajah terbabit terkena renjatan 240 voltan elektrik yang dibekalkan ke kabin berkenaan lalu mati di lokasi kejadian dan bagi membolehka­n siasatan dilakukan bekalan elektrik ke kabin dimatikan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

“Bedah siasat baru selesai dijalankan kira-kira jam 4 petang hari ini (semalam) dan tiada unsur jenayah dikesan berhubung kematian gajah berkenaan.

“Pihak PERHILITAN Perak akan mengambil langkah melupuskan bangkai gajah betina berkenaan mengikut prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gerik,

Superinten­dan Ismail Mat

Isa ketika dihubungi mengesahka­n menerima maklumat mengenai serangan gajah liar berhampira­n kem tentera berkenaan.

“Gajah terbabit merempuh pagar Dataran Juang dan kabin kediaman pekerja warga Bangladesh hingga menyebabka­n berlaku kerosakan termasuk pagar Dataran Juang kabin dan roboh manakala kontena juga musnah.

“Haiwan liar itu kemudian terkena renjatan elektrik di kawasan kontena berkenaan, namun kejadian itu tidak membabitka­n kecederaan terhadap anggota tentera atau orang awam,” katanya.

 Gajah betina terkejur selepas mengamuk musnah kabin pekerja kontraktor

 ??  ?? GAJAH betina memusnahka­n kabin kontraktor sebelum mati.
GAJAH betina memusnahka­n kabin kontraktor sebelum mati.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia