Harian Metro

CIKGU ADI SUDAH TIADA

- Mohamad Fahd Rahmat Fahd@hmetro.com.my

Muar

Kurang rehat dipercayai punca seorang guru lelaki berusia 40 tahun maut selepas Perodua Viva dipandunya terbabas sebelum bertembung sebuah ambulans di Jalan Abdul Rahman, Parit Raja di sini, pada jam 5.30 pagi semalam.

Ketika kejadian, mangsa, Adi Hazly Ideris, 40, dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Parit Jawa untuk bersiap ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent, selepas menjaga seorang anaknya di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) akibat asma.

Kemalangan itu mengakibat­kan ambulans yang dalam perjalanan ke hospital sama terbalik.

Adik mangsa, Azi Faisal, 33, berkata, arwah dipercayai keletihan kerana menjaga anak sulung, Ahmad Rosdi, 12, di HPSF sejak malam Ahad lalu akibat asma.

“Saya dapat tahu mengenai kemalangan itu pada jam 7.55 pagi menerusi WhatsApp dan panggilan telefon rakan yang memberitah­u Perodua Viva milik abang remuk dengan gambar tersebar di laman sosial dan dicam melalui nombor platnya.

“Arwah mengajar di SMK Convent di sini dan mengambil cuti pada hari pertama persekolah­an untuk menjaga anaknya dan sepatutnya hari ini (semalam) dia bertugas manakala isterinya (Roslinda Md Zain, 38) menjaga anak mereka.

“Arwah dipercayai terlelap ketika memandu kerana keletihan namun kami reda dengan kejadian ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, abang sulung daripada enam beradik itu meninggalk­an isteri, yang juga guru di SMK Dato’ Sri Amar Diraja di sini dan

 Guru kurang rehat jaga anak sakit di hospital maut kereta dipandu bertembung ambulans

empat anak lelaki termasuk sepasang kembar berusia empat tahun.

“Allahyarha­m menetap di Parit Jawa dan jenazahnya dijangka dikebumika­n selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Bukit Mor di sini sebaik selesai bedah siasat di HPSF,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, mangsa yang cedera adalah pemandu ambulans, Md Hailmey Abd Hamid, 36, pembantu hospital, Teo Wei Chee, 31, dan pesakit, Tee Chai Hoon, 82, yang mengalami luka di badan.

“Ambulans ketika itu membawa seorang pesakit dalam perjalanan dari Parit Samsu ke HPSF, malangnya apabila tiba di tempat kejadian mangsa yang datang dari arah Muar menghala ke Parit Jawa dipercayai terbabas lalu memasuki laluan bertentang­an mengakibat­kan kedua-dua kenderaan itu bertembung.

“Pemandu Perodua Viva disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu, penumpang serta pesakit dalam ambulans berkenaan dibawa ke HPSF untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1)

Akta Pengangkut­an Jalan

1987 dan orang ramai yang melihat kejadian diminta menghubung­i balai polis berhampira­n bagi membantu siasatan.

 ??  ?? KEADAAN kereta dipandu Adi selepas bertembung dengan ambulans yang dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah. AMBULANS yang terbabit kemalangan maut di Jalan Abdul Rahman, Parit Raja, Muar, semalam.
KEADAAN kereta dipandu Adi selepas bertembung dengan ambulans yang dalam perjalanan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah. AMBULANS yang terbabit kemalangan maut di Jalan Abdul Rahman, Parit Raja, Muar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia