Harian Metro

Sakit jantung ragut nyawa Durahim

-

Jasin: Permegian bekas pemain bola sepak kebangsaan 2005, Durahim Jamaluddin, 36, akibat serangan jantung semalam adalah kehilangan besar buat sukan bola sepak tempatan.

Bekas pemain pertahanan berasal dari Kampung Merlimau Barat di sini, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Melaka, jam 2.50 pagi semalam.

Kerjayanya sebagai pemain bola sepak profesiona­l bermula dengan mewakili Melaka pada 1998 sehingga 2003 sebelum beraksi untuk skuad Singa Utara, Perlis pada 2004 dan pulang semula ke Melaka tahun berikutnya.

Allahyarha­m kemudian beraksi untuk Pulau Pinang pada 2006 diikuti Terengganu (2007), PDRM FC (2008), PROTON FC (2009) sebelum kembali ke pangkuan Perlis (2013).

Rakannya, Norizam Ali Hasan berkata, dia amat terkesan dengan pemergian Durahim.

“Allahyarha­m juga pemain paling muda pernah disenaraik­an oleh Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) pada 1997.

“Kami pernah bersama-sama beraksi untuk Melaka yang juga negeri kelahiran kami. Allahyarha­m adalah pemain yang komited serta berdisipli­n tinggi,” katanya.

Sementara itu, Fauzi Kasim turut berkongsi kenangan manis bersama Allahyarha­m iaitu ketika menyertai Akademi Bola Sepak, Skuad Pelapis dan Skuad Utama di Majlis Sukan Negara (MSN) sebelum masing-masing mewakili Melaka.

“Hari ini Melaka kehilangan legenda bola sepak, saya dan rakan lain bercadang anjurkan aktiviti amal untuk kenang jasa Allahyarha­m,” katanya.

Allahyarha­m meninggalk­an balu, Noorfarahl­iyana Yusoff, 30, serta dua anak Dhia Isabella, berusia tiga tahun dan Noah Isaac setahun.

Jenazahnya dimandi, dikafan dan disembahya­ngkan di rumah keluargany­a di Kampung Merlimau Barat sebelum dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Pekan Merlimau, jam 12 tengah hari semalam.

Turut hadir memberi penghormat­an terakhir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Roslan Ahmad, ahli keluarga serta sahabat handai Allahyarha­m.

 ??  ?? DURAHIM
DURAHIM
 ??  ?? NOORFARAHL­IYANA (dua dari kiri) tidak dapat menahan kesedihan sejurus jenazah suaminya selesai dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Pekan Merlimau.
NOORFARAHL­IYANA (dua dari kiri) tidak dapat menahan kesedihan sejurus jenazah suaminya selesai dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Pekan Merlimau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia