Harian Metro

Shuib rabun warna

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Dikecam hebat di ruangan komen gambar dimuat naik suaminya di Instagram, penyanyi, Siti Sarah Raisuddin, 34, mengakui insiden itu mengganggu emosinya.

“Tidak dinafikan emosi saya terganggu apabila komen negatif netizen tular di media sosial.

Namun saya tak mahu terlalu memikirkan­nya.

“Apa yang membuatkan saya terkilan apabila mereka turut mengkritik ibu mentua saya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Sarah, ibu mentuanya yang baru saja menyambut ulang tahun kelahiran terkena tempias apabila isu warna kulitnya diperbahas­kan netizen.

“Bagi saya dan Shuib (suami), kecaman netizen bukan perkara baru. Namun buat ibu mentua sudah tentu ia sangat mengganggu sehingga dia sukar melelapkan mata.

“Sudahlah dia tidak berapa sihat. Kalau boleh, sempena hari ulang tahun kelahirann­ya kami mahu dia gembira, tetapi begini pula jadinya,” kata Sarah.

Mengulas lanjut insiden itu, Sarah berkata, ia mula tercetus apabila suaminya memuat naik gambar mereka berdua bersama ibu mentua.

“Mungkin ramai tak tahu Shuib sebenarnya rabun warna. Jadi, dia tak berapa pasti gambar dimuat naik itu terang atau tidak.

“Apabila dimuat naik, ada pula beberapa portal dan halaman Facebook berkongsi gambar terbabit.

“Dari situ bermulalah pelbagai kecaman isu warna kulit saya dan sebagainya,” katanya.

Menurut penyanyi lagu Kesetiaan itu, ada yang mempersoal jenama telefon bimbit, pencahayaa­n serta produk kecantikan yang digunakan.

Berikutan itu, semalam, Sarah memuat naik semula gambarnya dan dicantumka­n foto lama berserta kapsyen menjelaska­n transforma­si penampilan­nya.

 Siti Sarah terkilan netizen kritik ibu mentua isu gambar dimuat naik di Instagram

 ??  ?? SITI Sarah
SITI Sarah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia