Harian Metro

Berkat nasi ayam panggang RM1

-

Seorang ibu tunggal tidak menyangka niat menjual sambil beramal nasi ayam panggang pada harga RM1 menjadi tular di media sosial sehingga dikunjungi pelanggan setiap masa.

Surayani Mohd Nasir, 39, berkata, dia baru membuka perniagaan itu dua minggu lalu di hadapan padang awam Pekan Bedong, bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.

Menurutnya, setiap hari dia akan menyediaka­n 100 kilogram beras untuk dimasak dan 100 ekor ayam untuk dipanggang bagi memenuhi permintaan pelanggan.

“Pengalaman sebagai ibu tunggal mengajar berjimat cermat dan turut mahu membantu masyarakat supaya dapat membeli makanan dengan harga murah dan mengenyang­kan di mana sedikit sebanyak dapat mengatasi kos kenaikan sara hidup yang semakin menghimpit.

“Walaupun berharga

RM1, namun kualiti makanan dan kebersihan tetap diutamakan, konsep saya mudah, biarpun mendapat keuntungan yang sedikit, asalkan ia berpanjang­an dan berkat untuk digunakan bagi tujuan menyara anak-anak,” katanya.

Surayani berkata, kebanyakan pelanggan terdiri pelbagai lapisan masyarakat di mana dia menggunaka­n resipi sama dihasilkan datuknya sejak 1992 apabila mula berniaga di pasar malam berhampira­n.

“Sempena tahun baru ini, saya mahu mencuba sesuatu yang baru, dan saya mengambil tempoh masa dua minggu untuk membuat percubaan bagi mula menjual nasi ayam panggang berkenaan pada tahun ini,” katanya.

 ??  ?? NASI ayam panggang berharga RM1 yang dijual di depan padang awam Pekan Bedong.
NASI ayam panggang berharga RM1 yang dijual di depan padang awam Pekan Bedong.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia