Harian Metro

Bertembung air pasang

- Zul Ikhwan Muhammad am@hmetro.com.my

 80 keluarga dipindah hujan lebat berterusan

Seramai 309 mangsa daripada 80 keluarga di daerah ini dipindahka­n ke tujuh Pusat Penempatan Sementara (PPS) membabitka­n penduduk Kampung Air Papan, Kampung Tanjung Genting, Kampung Tenglu Besar, Kampung Pengkalan Batu, Kampung Air Merah, Taman Nahkoda, Kampung Kelantan dan Kampung Air Tawar, Endau.

Daripada jumlah itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Air Papan menempatka­n mangsa paling ramai iaitu 107 mangsa membabitka­n 31 keluarga, diikuti SK Tenglu seramai 72 (21 keluarga) dan Balai Raya Kampung Benaung (40 orang) membabitka­n enam keluarga.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Endau, Mohd Alias Husin berkata, PPS lain ialah Pertubuhan Peladang Kawasan Endau menempatka­n 39 mangsa (11 keluarga), Balai Raya Kampung Air Merah, 25 (empat keluarga), Balai Raya Kampung Air Merah, 25 (empat keluarga) serta Balai Raya Pengakalan Batu (13) membabitka­n dua keluarga.

Katanya, pemindahan dilakukan 10 anggota dari balai Endau serta 12 anggota dari balai bomba dan penyelamat Mersing dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Parit dan Saliran, polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat, RELA, jawatankua­sa dan keselamata­n kampung serta Jabatan Kerja Raya.

“Operasi memindahka­n mangsa di Kampung Kelantan dan Kampung Air Tawar Endau bermula sejak semalam (kelmarin) dan kami berada dalam keadaan bersedia dikerahkan pada bila-bila masa memandangk­an selain hujan berterusan, paras air laut turut meningkat kerana air pasang.

“Keadaan ini dijangka berlarutan dua hari lagi dan kami harap semua penduduk memberikan kerjasama sekiranya diberitahu perlu berpindah,” katanya.

 ??  ?? AZRA Damia melihat keadaan SK Panching yang ditutup akibat banjir pada hari pertama sesi persekolah­an 2018, semalam.
AZRA Damia melihat keadaan SK Panching yang ditutup akibat banjir pada hari pertama sesi persekolah­an 2018, semalam.
 ??  ?? ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Endau memindahka­n mangsa banjir di Kampung Kelantan, Endau, semalam.
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Endau memindahka­n mangsa banjir di Kampung Kelantan, Endau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia