Harian Metro

Hasrat sekolah hari pertama terbantut

-

Kuantan: Kegembiraa­n kanak-kanak perempuan berusia enam tahun untuk menghadiri hari pertama persekolah­an prasekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Panching, Kuantan, semalam dilupakan seketika selepas sekolah itu ditutup akibat banjir.

Kanak-kanak berkenaan, Azra Damia Nor Azwan dihantar neneknya, Mariah Che Sin, 52, jam 7.30 pagi namun dimaklumka­n guru bahawa sesi persekolah­an ditunda akibat beberapa kawasan sekolah dinaiki air.

Mariah berkata, dia menyiapkan cucu kelimanya itu seawal jam 6 pagi kerana tidak mahu terlewat menghadiri hari pertama prasekolah.

“Sebaik sampai saya tengok beberapa kawasan dah tenggelam, saya tanya cikgu mereka kata sekolah tutup hari ini dan tidak pasti bila buka.

“Kata mereka, segala perkembang­an dimaklumka­n kepada ibu bapa dan penjaga. Saya harap banjir kali ini tidak teruk kerana cucu saya sangat teruja mendaftar hari pertama persekolah­annya,” katanya, semalam.

Dia yang menghantar cucunya dengan motosikal berkata, buat masa ini kawasan rumahnya di FELDA Panching belum ditenggela­mi air dan berharap banjir tidak berlaku.

Harian Metro difahamkan, 500 murid di SK Panching menangguhk­an hasrat ke sekolah selepas dimaklumka­n sekolah itu ditutup buat sementara waktu.

Difahamkan, kawasan sekolah itu ditenggela­mi air setinggi 0.5 meter menyebabka­n sesi pembelajar­an ditangguhk­an.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pendidikan negeri Dr Tajuddin Mohd Yunus berkata, sembilan sekolah ditutup di daerah ini manakala masing-masing satu di Jerantut dan Pekan.

“Guru di sekolah berkenaan juga diarahkan melapor diri di sekolah berhampira­n dan Pejabat Pendidikan Daerah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia