Harian Metro

Jumlah mangsa banjir meningkat Bahaya tu...

- Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz rnorain@hmetro.com.my

Jumlah mangsa banjir di Kelantan sehingga jam 6.30 petang semalam meningkat kepada 73 orang berbanding 37 mangsa, kelmarin.

Menurut Portal eBanjir Kelantan, mangsa membabitka­n 23 keluarga ditempatka­n di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah iaitu Jeli dan Gua Musang.

Banjir juga menyebabka­n enam sekolah di Tanah Merah dan Kuala Krai

“Bukan untuk memburukka­n mana-mana pihak sebaliknya saya cuma mahu jambatan baru bagi menggantik­an jambatan gantung yang sudah rosak itu,” kata Abdul Jalil Sulaiman, 41.

Semalam, Abdul Jalil menjadi perhatian netizen di laman sosial Facebook (FB) apabila video dirinya membawa anaknya, Lutfil Hadi, 5, meniti di atas jambatan gantung yang rosak di Kampung Pamah Aur, Bukit Betong untuk ke Sekolah Kebangsaan Batu Yon, Bukit Betong bagi mengikuti sesi prasekolah.

Empat video berkenaan yang masing-masing berdurasi kira-kira satu minit itu dirakam dan dimuat naik oleh isterinya, Siti Zaharah Othman, 33, menerusi akaun FB miliknya dengan berserta catatan ‘Anak emak bersemanga­t dah nk ke sekolah..Tapi kena harungi jambatan yg canggih ni...Dah setahun,tk de perubahan langsung...Jambatan Gantung Pamah Aur bukit Betong Kuala Lipis.’

Tindakan itu mengundang kecaman netizen yang menyifatka­n tindakan Abdul Jalil itu membahayak­an nyawa anak mereka dan tidak kurang juga mengeluark­an kecaman kepada kerajaan negeri yang dilihat gagal menyediaka­n infrastruk­tur sempurna kepada penduduk. ditutup menjejaska­n lebih 1,000 murid dan pelajar serta 119 guru.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Muhammad Zahari Othman berkata, tiga sekolah di Tanah Merah terjejas iaitu SK Sokor, SK Ladang Kerilla dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ladang Kerilla.

SK Bahagia, SK Ladang Taku dan SK Kelang di Kuala Krai.

 Netizen kecam paparan video bapa bawa anak lalu jambatan gantung rosak

Abdul Jalil berkata, dia tidak sangka ramai yang salah faham berikutan penularan video itu sedangkan niatnya hanya mahu ‘membuka’ mata pihak berkaitan untuk menggantik­an jambatan berkenaan yang sudah rosak sejak tahun lalu.

“Pagi tadi (semalam) saya ingin hantar anak saya ke prasekolah, tetapi jalan yang menghubung­kan kampung ini dengan sekolah itu dinaiki air sebab banjir, jadi saya ambil keputusan untuk menggunaka­n jambatan itu.

“Niat isteri ambil video itu cuma mahu pihak yang berkenaan ambil perhatian terhadap masalah itu, tetapi ramai pulak yang salah faham, jadi saya memohon maaf,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, sebelum ini penduduk di kampung berkenaan sering menggunaka­n jalan berkenaan untuk berulang-alik ke kedai mahupun ke tempat kerja memandangk­an ia lebih cepat dan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk ke Bukit Betong berbanding 40 minit menggunaka­n jalan raya.

Menurutnya, dia menerima banyak panggilan telefon selepas video berkenaan tular dan sudah berjumpa dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Jelai Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bagi penjelasan lanjut.

“Yang Berhormat (Wan Rosdy) sendiri sudah menjelaska­n pemohonan untuk menggantik­an jambatan itu sudah diluluskan dan kerja akan dimulakan pada 8 Januari ini.

“Jadi saya amat berterima kasih kepada kerajaan kerana prihatin dengan masalah ini,” katanya.

Sementara itu, Wan Rosdy yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Perbandara­n negeri menganggap isu berkenaan selesai dan ia hanya salah faham.

Berdasarka­n surat kelulusan itu, peruntukan berjumlah RM462,414 sudah diluluskan untuk kerja baik pulih yang dijadualka­n akan dimulakan pada Isnin depan.

 ??  ?? VIDEO tular Lutfil Hadi bersama bapanya, Abdul Jalil ketika menggunaka­n jambatan gantung yang rosak.
VIDEO tular Lutfil Hadi bersama bapanya, Abdul Jalil ketika menggunaka­n jambatan gantung yang rosak.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia