Harian Metro

JPJ dah hantar notis

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

 Aliff Syukri diberi masa tiga minggu bantu siasatan

Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (WPKL) sudah menghantar notis temu siasat kepada pemilik kenderaan Roll Royce yang dilaporkan disita dalam Op Patuh di Jalan Bangsar di sini, malam Ahad lalu.

Notis berkenaan dihantar tengah hari semalam kepada D’herbs Holding Sdn Bhd memandangk­an kereta mewah itu didaftarka­n atas nama syarikat berkenaan bertujuan memanggil pemilik kenderaan supaya hadir untuk siasatan lanjut.

Pengarah JPJ WPKL, Ismail Mohd Zawawi berkata, kertas siasatan kes sudah dibuka mengikut Seksyen 23(2) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

“Kami sudah menghantar notis kepada D’herbs Holding Sdn Bhd tengah hari tadi (semalam). Mereka perlu hadir dalam masa dua hingga tiga minggu untuk siasatan lanjut.

“Kertas siasatan sudah dibuka dan mengikut kepada peraturan ditetapkan, pemilik kereta perlu membayar caj perbezaan antara Lesen Memandu Kenderaan Motor (LKM) Sarawak dengan Semenanjun­g,” katanya.

MyMetro Klang: Sesak nafas dipercayai faktor seorang lelaki maut selepas tempat ibadat di dalam rumahnya terbakar di Taman Sentosa di sini, semalam.

Difahamkan, mangsa, Sang Lai Wah, 58, ditemui terbaring atas katil di tingkat bawah rumah teres berkenaan yang berada bersebelah­an tempat ibadat itu.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan. semalam melaporkan, kereta Rolls Royce dipercayai milik Pengarah Urusan D’herbs Holding Sdn Bhd, Datuk Seri Aliff Syukri antara 20 kenderaan disita dalam Op Patuh Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) di Jalan Bangsar.

Sementara itu, Aliff Syukri ketika dihubungi wartawan Harian Metro, petang semalam enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.

“Saya tidak mahu memperbesa­rkan hal ini dan hanya mahu perkara ini diselesaik­an secepat mungkin. Kalau ada saman, saya akan bayar semua saman yang dikenakan,” katanya. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Azmi Osman berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 7.53 pagi.

“Sepasukan 13 pegawai dan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas dan Kota Raja dikerah memadamkan kebakaran itu,” katanya. Suasana di tapak pembinaan di Seksyen 7 di sini, gempar apabila seorang pekerja asing maut manakala tiga parah selepas dihempap komponen kren, semalam.

Dalam kejadian jam

10.30 pagi itu, lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Matrias, 38, sedang menjalanka­n kerja pembinaan bersama puluhan pekerja lain.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, siasatan mendapati komponen kren di tapak pembinaan itu tiba-tiba tumbang dan menghempap pekerja.

“Keempat-empat lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikenal pasti sebagai pekerja tapak pembinaan terbabit dan bukan warga Malaysia

“Dua mangsa warga Indonesia itu dihantar ke Hospital Shah Alam (HSA) manakala dua warga Bangladesh dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang,” katanya.

Menurut beliau, Matrias disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HSA.

 ??  ?? ANGGOTA polis mengusung mayat mangsa.
ANGGOTA polis mengusung mayat mangsa.
 ??  ?? KEADAAN komponen kren yang tumbang.
KEADAAN komponen kren yang tumbang.
 ??  ?? ALIFF Syukri
ALIFF Syukri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia