Harian Metro

INGAT PESAN MAMA

- Noor Hidayah Tanzizi am@hmetro.com.my

 Anak sulung mangsa kemalangan maut ambil alih jaga dua adik

Manjung

“Sesi persekolah­an tahun ini sangat menyedihka­n kerana mama dan papa sudah tiada namun sebagai anak sulung saya kena kuat serta tabah demi ahli keluarga lain.

“Saya juga akan belajar bersungguh-sungguh mencapai cita-cita menjadi seorang pegawai tentera dan pesanan mama serta papa supaya menjadi insan berguna akan sentiasa kami ingat,” kata Muhammad

Daris Wafiy Sairulazuw­an, 11 yang memulakan sesi persekolah­an di Sekolah Rendah Agama Rakyat At-Ta’alim di Seri Manjung, semalam.

Muhammad Daris Wafiy, anak sulung kepada Sairulazuw­an Nadzim, 37 dan Azilina Abdul Aziz, 37, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 21, Jalan Sitiawan-Teluk Intan, berhampira­n Kampung Kayan, Sitiawan pada 3 Disember lalu.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi, pasangan suami isteri itu bersama bayi lelaki mereka, Muhammad Daris Iffat, tiga bulan maut selepas Toyota Wish dinaiki terbabas sebelum terhumban ke dalam parit air sedalam 2.5 meter.

Nahas itu menyebabka­n Muhammad Daris Wafiy dan dua lagi adiknya, Muhammad Daris Rayyan,10, dan Muhammad Daris Amsyar,6, yang dihantar ke rumah datuk mereka ketika kejadian menjadi yatim piatu sekelip mata.

Wafiy yang memulakan persekolah­an bagi tahun lima manakala adik keduanya Muhammad Daris Rayyan pula tahun empat teruja belajar di sekolah baru dan berjumpa rakan baru, sementara Muhammd Daris Amsyar akan mula memasuki tadika di Manjung pada Khamis ini.

“Biarpun sedih saya kena kuat sebab saya masih ada Rayyan dan Kintan (Muhammad Daris Amsyar) serta ahli keluarga lain yang sentiasa ada bersama kami,” katanya.

Bagi Muhammad Daris Rayyan, dia turut menanam azam untuk belajar bersungguh-sungguh mencapai cita-cita juga menjadi seorang pegawai tentera.

“Tahun ni rasa lain tapi saya juga kena tabah dan akan selalu mendoakan mama, papa dan Iffat di sana serta tidak akan lupakan pesanan mereka supaya rajin belajar,” katanya.

Sementara itu, ibu saudara mereka yang juga adik ipar kepada Sairulazuw­an Nadzim, Nor Alvina Abdullah, 32, berkata, mereka sekeluarga akan berusaha memberikan yang terbaik untuk tiga beradik itu dan urusan persekolah­an mereka akan diuruskann­ya.

 ??  ?? MURID prasekolah, Aisy Syahmin, 6, menangis di pintu kelasnya pada hari pertama sesi persekolah­an di Sekolah Kebangsaan Shah Alam, Seksyen 16.
MURID prasekolah, Aisy Syahmin, 6, menangis di pintu kelasnya pada hari pertama sesi persekolah­an di Sekolah Kebangsaan Shah Alam, Seksyen 16.
 ??  ?? NUR Izzah Insyirah Mohd Firdaus, 5, menangis ditinggal
ibu bapanya pada hari pertama sesi prasekolah di Sekolah Kebangsaan Titi
Tok Bandar, Kangar.
NUR Izzah Insyirah Mohd Firdaus, 5, menangis ditinggal ibu bapanya pada hari pertama sesi prasekolah di Sekolah Kebangsaan Titi Tok Bandar, Kangar.
 ??  ?? NOR Alvina menghantar Muhammad Daris Wafiy (dua dari kiri) dan Muhammad Daris Rayyan (kanan) bersama anaknya Muhammad Izz Zafar Adha Jazli ke Sekolah Rendah Agama Rakyat At-Ta'alim di Seri Manjung.
NOR Alvina menghantar Muhammad Daris Wafiy (dua dari kiri) dan Muhammad Daris Rayyan (kanan) bersama anaknya Muhammad Izz Zafar Adha Jazli ke Sekolah Rendah Agama Rakyat At-Ta'alim di Seri Manjung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia