Harian Metro

SEDIH BILA DIPISAHKAN

-

Ampang: “Ibu tolong saya, nak balik, tengok TV,” pinta murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Ampang Campuran, Muhamad Faiz Muhamad Fadli, berusia tujuh tahun. Muhamad Faiz yang juga murid autisme memulakan hari pertama persekolah­an menerusi PPKI sekolah itu dan gelagat lucunya menarik perhatian lima lagi rakan sekelas termasuk guru yang mengajar. walaupun dipisahkan, masing-masing dengan kelas yang berbeza.

Bapa kepada pasangan kembar Muhammad Farish Zafril dan Muhammad Farish Zafran, Mohamed Firdaus Abdullah, 33, berkata, kedua-dua anaknya itu begitu bersemanga­t untuk ke sekolah walaupun tidak menjalani pra sekolah di sekolah berkenaan sebagaiman­a dua lagi pasangan kembar berkenaan.

“Seminggu sebelum bersekolah lagi mereka berdua asyik bertanya bilakah persekolah­an bermula hinggakan dua hari lepas mereka siap memperagak­an pakaian seragam sekolah yang baru dibeli,” katanya.

Sementara itu, bapa Mohamad Syits Daniel dan Mohamad Syits Danish, Shamsuri Saad, 37, berkata, biarpun kedua-dua anaknya itu agak terbiasa dengan suasana sekolah berkenaan berikutan menjalani pra sekolah di situ, kesedihan jelas terpancar pada riak muka kedua-dua anaknya apabila diasingkan ke kelas berbeza.

“Mereka begitu terbiasa bersama hinggakan agak cerewet sekiranya dibelikan barang atau peralatan yang berbeza dengan pasanganny­a walaupun dari sudut warna apatah lagi ini merupakan kali pertama mereka dipisahkan,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar SK Silibin, Badrul Hisham Yusoff berkata, seramai 93 murid Tahun Satu mendaftar di sekolah berkenaan pada tahun ini yang menjadikan jumlah keseluruha­n murid di sekolah berkenaan seramai 512 orang.

Katanya, ketiga-tiga pasangan kembar itu hanya akan dipertemuk­an semula dengan pasangan kembar masing-masih ke dalam satu kelas sekiranya langkah pengasinga­n itu mengganggu proses pembelajar­an.

Bagaimanap­un, difahamkan setakat ini, tiada masalah timbul apabila ketiga-tiga pasangan kembar berkenaan diasingkan.

Dalam pada itu, sejumlah 32,774 murid tahun satu memulakan hari pertama sesi persekolah­an 2018 di seluruh Perak semalam.

Pengarah Pendidikan negeri Datuk Mat Lazim

Idris berkata, daripada jumlah itu, 23,859 murid bersekolah di Sekolah Kebangsaan; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (7,113); Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (1,709) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan seramai 93 murid.

Menurutnya, bagi pelajar tingkatan satu pula, seramai 34,817 mendaftar di sekolah menengah seluruh negeri.

“Hari pertama sesi persekolah­an hari ini berjalan lancar dan semua sekolah beroperasi walaupun terdapat beberapa sekolah mempunyai sekolah kurang murid,” katanya.

 Gelagat pasangan kembar pada hari pertama persekolah­an tarik perhatian

 ??  ?? GELAGAT tiga pasangan kembar Muhammad Syits Daniel dan Muhammad Syits Danish (dari kiri), A Yasheca dan A Yashela, Muhammad Farish Zafran dan Muhammad Farish Zafril ketika hari
pertama sesi persekolah­an di Sekolah Kebangsaan Silibin, Ipoh.
GELAGAT tiga pasangan kembar Muhammad Syits Daniel dan Muhammad Syits Danish (dari kiri), A Yasheca dan A Yashela, Muhammad Farish Zafran dan Muhammad Farish Zafril ketika hari pertama sesi persekolah­an di Sekolah Kebangsaan Silibin, Ipoh.
 ??  ?? MURID tahun satu, Madison Mia Ayang Paul Peterson menangis ketika hadir di hari pertama persekolah­an di Sekolah Kebangsaan (SK) St Mary, Kuching.
MURID tahun satu, Madison Mia Ayang Paul Peterson menangis ketika hadir di hari pertama persekolah­an di Sekolah Kebangsaan (SK) St Mary, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia